FIRMA perakaunan Ernst & Young (EY) telah menggesa Pemerintah meningkatkan perjanjian cukai Singapura dengan negara-negara lain dan meluaskan pilihan pendapatan cukai demi menyokong perbelanjaan pemerintah.
Demikian antara senarai harapan Belanjawan EY yang dikeluarkan hari ini, Rabu.
Ketua khidmat cukai EY, Cik Chung-Sim Siew Moon, berkata:
"Kami sarankan sistem cukai pendapatan Singapura dipermudahkan dan dijadikan lebih berdaya saing supaya Singapura dapat menjadi hab niaga dan kewangan Asia, selain memperhalusi beberapa dasar untuk meringankan kos niaga dan menggalak pertumbuhan perniagaan."
Sebagai ekonomi terbuka, Singapura juga perlu terus meningkatkan daya saing perjanjian cukai antarabangsanya, tambah beliau.
Untuk menyokong perbelanjaan pemerintah, EY menyarankan cara mendapatkan pendapatan cukai yang baru dengan merendahkan nilai ambang pendaftaran GST dan mengenakan GST kepada ekonomi digital.