Belanjawan 2016: Lebih ramai pekerja layak untuk skim tambah pendapatan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Belanjawan 2016: Lebih ramai pekerja layak untuk skim tambah pendapatan

Mar 24, 2016 | 05:23 PM

PEKERJA bergaji rendah dan mereka yang kurang upaya akan menerima lebih banyak sokongan dalam pekerjaan, menurut Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat tadi.

Untuk itu, Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan skim Sokongan Latihan Daya Kerja (WTS) akan dipertingkatkan, katanya.

WIS, skim kekal yang menambah pendapatan pekerja bergaji rendah akan melalui perubahan yang paling besar.

Siling pendapatan yang layak akan dinaikkan daripada $1,900 sebulan kepada $2,000.

Ini bermakna bahawa skim ini akan terus membantu 20 peratus pekerja yang berada di tangga paling rendah, tetapi pada masa yang sama memberikan sokongan kepada mereka yang berada di persentil pendapatan yang ke-30, kata Encik Heng.

Berita Popular

Beliau menjangkakan WIS untuk memberi manfaat kepada 460,000 rakyat Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map