Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belanjawan 2016: Program Transformasi Industri bernilai $4.5 bilion dilancar

Mar 24, 2016 | 06:01 PM

MENTERI Kewangan Heng Swee Keat telah membentangkan satu rancangan menyeluruh bernilai $4.5 bilion untuk merubah dan membangunkan ekonomi dan industri Singapura.

"Ekonomi global kian saling berhubung kait, lebih pelbagai dan kompleks. Kita mesti bekerjasama untuk menggembleng sumber kita, menjalani inovasi, berkembang dan meluaskan ke peringkat antarabangsa," kata Encik Heng semasa berucap membentangkan Belanjawan 2016 di Parlimen hari ini, Khamis.

Beliau berkata, Program Transformasi Industri akan "merubah syarikat-syarikat kita, merubah industri-industri dan merubah menerusi inovasi."

Ini akan dilakukan dengan menyepadukan pelbagai usaha penyusunan semula dan memperkenalkan langkah-langkah yang lebih khusus dan memberi tumpuan kepada sektor-sektor perniagaan.

Program tersebut juga akan memperatkan lagi kerjasama antara industri dengan pemerintah dan dengan pihak-pihak industri, selain lebih menekankan teknologi dan inovasi.

Di peringkat syarikat, Encik Heng menggariskan empat inisiatif untuk membantu syarikat-syarikat membina keupayaan, mengerahkan teknologi, berkembang dan meluaskan ke peringkat antaranbangsa.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3