Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2018 - Mempersiap ekonomi agar memberi tumpuan lebih besar pada Asia, teknologi baru, penduduk semakin menua

Feb 19, 2018 | 04:24 PM



DI tengah-tengah kedudukan Singapura yang kukuh ekoran keadaan global yang baik tahun lalu, Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menggariskan dalam ucapan Belanjawannya petang ini tiga anjakan utama dalam tahun-tahun mendatang.

Ini termasuk memberikan tumpuan ekonomi lebih besar pada Asia, kemunculan teknologi baru dan perubahan penduduk yang semakin menua.

Belanjawan 2018 bertujuan menjadi rancangan strategik dan bersepadu bagi membantu Singapura mempersiap bagi perubahan ini.

Dengan beberapa ekonomi maju mengalihkan pandangan mereka terhadap tekanan domestik - seperti Brexit di Britain dan perubahan cukai Amerika Syarikat baru-baru ini serta semakan pada perjanjian perdagangan - Asia akan memainkan peranan lebih besar dalam perdagangan global dan peraliran pelaburan, kata Encik Heng.

Langkah China menubuhkan bank prasarana serantau bagi rancangannya di bawah inisiatif "Belt and Road" serta jumlah penduduk kelas pertengahan yang semakin meningkat di negara Asean, merupakan antara peluang bagi firma Singapura, kata Encik Heng.

Namun beliau turut memberi amaran terhadap ancaman potensi kepada kestabilan serantau dalam bentuk tekanan di Semenanjung Korea dan Laut Cina Selatan serta keprihatinan berkaitan pengganasan.

Teknologi baru seperti robotik dan inovasi digital telah mencorak semula ekonomi dan pekerjaan, tambah Encik Heng.

Di samping itu, perubahan penduduk yang semakin menua, bermakna lebih banyak yang akan dibelanjakan terhadap penjagaan kesihatan dan perbelanjaan sosial yang lain, yang kemudian menyebabkan lebih banyak tuntutan terhadap keluarga dan pemerintah, kata Encik Heng.

Ia juga bermakna jumlah tenaga kerja akan merosot, pasaran buruh mengetat dan pertumbuhan ekonomi menjadi lebih lembap, kecuali jika pekerja merubah cara mereka bekerja untuk menjadi lebih produktif dan menambah tenaga kerja dengan kemasukan pekerja asing, tambah Encik Heng.

Akur adanya faktor lain yang boleh menggugat fabrik sosial negara, seperti ketidaksamaan pendapatan dan mobiliti sosial, Encik Heng berkata pemerintah akan terus melabur dalam pendidikan dan peningkatan kemahiran selain mempromosi sukan, seni dan semangat sukarelawan untuk membina kepentingan dan aktiviti bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >