Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Belanjawan 2019: 30% perbelanjaan diperuntuk bagi usaha pertahanan, keselamatan dan diplomasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belanjawan 2019: 30% perbelanjaan diperuntuk bagi usaha pertahanan, keselamatan dan diplomasi

Feb 18, 2019 | 04:21 PM

Sekitar 30 peratus perbelanjaan keseluruhan pemerintah tahun ini diperuntuk bagi menyokong usaha pertahanan, keselamatan dan diplomasi.

Perbelajaan ini penting, tetapi sesuatu yang wajar, kata Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat.

Berkata demikian dalam ucapan Belanjawan pada Isnin (18 Feb), Encik Heng menekankan komitmen pemerintah untuk menambah pelaburan, jika perlu, untuk mempertahankan kedaulatan Singapura dan kesejahteraan warga Singapura.

 

“Kita semua berperanan untuk memastikan Singapura terus selamat dan aman. Ayuh, kita kekal bersatu dalam mempertahankan tempat tinggal dan cara hidup kita,” kata Encik Heng.

 

Isu pertahanan dan keselamatan mendapat lebih tumpuan tahun ini, berbanding Belanjawan yang lalu, dengan Encik Heng memperuntuk bahagian pertama ucapannya bagi topik itu.

Menurut Encik Heng, Singapura yang aman dan selamat ‘memberi kita keyakinan mencarta laluan bebas’ dan Singapura tidak mampu menganggap remeh keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dinikmatinya kerana ia terdedah kepada perubahan keadaan serantau dan dunia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3