Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Belanjawan 2020: GST tidak akan dinaikkan pada 2021

Feb 18, 2020 | 05:11 PM

CUKAI barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan tahun depan.

Sementara itu, sebanyak $6 bilion telah diperuntuk tahun ini untuk membantu warga menangani kesan apabila GST dinaikkan kelak.

Dengan Pakej Jaminan GST itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata ini bermakna semua dewasa warga Singapura akan mendapat bayaran antara $700 dengan $1,600 sepanjang tempoh lima tahun.

Ini bermakna kebanyakan isi rumah di sini akan menerima jumlah mencukupi untuk mengimbangi sekurang-kurangnya lima tahun perbelanjaan GST tambahan.

Mereka yang tinggal dalam flat satu hingga tiga bilik akan menerima jumlah mencukupi untuk mengimbangi sekurang-kurangnya 10 tahun perbelanjaan GST tambahan.

Selain Pakej Jaminan GST, terdapat langkah lain untuk memastikan sistem cukai dan pemindahan Singapura kekal progresif.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian