Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Setempat

Belanjawan 2020: Tokokan Kredit SkillsFuture $1,000 tahun ini bagi pekerja pertengahan kerjaya

Feb 18, 2020 | 05:26 PM

GOLONGAN pekerja pertengahan kerjaya berusia 40-an dan 50-an tahun akan menerima Kredit SkillsFuture sebanyak $1,000 tahun ini untuk membantu mereka kekal berdaya kerja dan memainkan peranan baru atau menukar kerja.

Ini termasuk tokokan $500 yang akan diberi kepada semua warga Singapura berusia 25 tahun ke atas serta tokokan tambahan sebanyak $500 khususnya bagi mereka yang berusia 40 hingga 60 tahun sehingga 31 Disember tahun ini.

Mengumumkan demikian hari ini (18 Feb), Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata ini sebahagian daripada Pakej Bantuan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture yang baru.

Encik Heng berkata pemerintah ingin menggandakan penempatan kerja warga setempat berusia 40-an hingga 50-an tahun kepada 5,500 orang setahun, menjelang 2025.

Kredit tambahan SkillsFuture itu boleh digunakan mulai 1 Oktober ini sehingga 31 Disember 2025.

Ini bertujuan agar orang ramai mengambil tindakan dan menggunakannya awal.

Sementara itu, Kredit SkillsFuture sebanyak $500 yang diberi pada 2016 boleh terus digunakan tanpa tempoh akhir sekiranya ia belum digunakan.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian