PEMERINTAH akan memperuntuk $11 bilion dalam bentuk Pakej Daya Tahan Covid-19 meliputi tiga bidang.
Pertama ialah menangani keperluan segera iaitu melindungi kesihatan awam dan pembukaan semula secara selamat.
Kedua pula ialah bagi menyokong pekerja dan perniagaan di mana perlu selain manakala yang ketiga adalah bagi menyasarkan sokongan bagi sektor yang masih tertekan.
Berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan negara di Parlimen semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, menekankan ekonomi global dijangka pulih kepada tahap pra-Covid-19 tahun ini, namun pemulihan itu dijangka tidak seimbang.
Berikut antara teras pakej tersebut.
- Skim Sokongan Pekerjaan dilanjutkan kepada sektor yang paling terjejas oleh pandemik.
- 4,000 permohonan telah dilulus Geran Pemulihan Covid B6
- Bantuan $870 juta dilanjutkan kepada sektor penerbangan
- Dana Bantuan Kewangan Covid-19 untuk Pemandu
- Pakej Daya Tahan Seni & Budaya