Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022 akan dibentang di Parlimen pada 18 Feb, 3.30 petang

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan kenyataan Belanjawan 2022 Singapura di Parlimen pada 3.30 petang 18 Februari ini.



Ucapan itu akan ditayangkan secara langsung di media tempatan, termasuk penyampaian oleh jurubahasa isyarat yang disediakan Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) di Channel 5.



Kenyataan penuh Belanjawan akan diterbitkan di laman web Belanjawan Singapura selepas ucapan itu, dengan maklumat terkini tentang pengumuman penting bakal diterbitkan di platform media sosial Kementerian Kewangan (MOF).



Orang ramai yang ingin menerima kenyataan penuh melalui e-mel boleh mendaftar di laman web MOF selewat-lewatnya jam 2 petang pada 18 Februari.



Orang ramai yang ingin mengutarakan pandangan mereka tentang Belanjawan 2022 boleh berbuat demikian melalui laman web Belanjawan, laman web Reach atau laman media sosial Reach.



Reach, sebuah unit maklum balas dan pendekatan pemerintah di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan, juga akan mengadakan dua perbincangan maya mengenai Belanjawan - satu dalam bahasa Inggeris pada 24 Februari dan satu dalam bahasa Mandarin pada 26 Februari.



Sesi dalam bahasa Inggeris akan dipengerusikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah, manakala sesi dalam bahasa Mandarin akan dipengerusikan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri.



Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara, Encik Tan Kiat How, yang juga pengerusi Reach, akan menyertai kedua-dua sesi.



Dialog pasca-Belanjawan juga akan dianjurkan oleh Persatuan Rakyat dan pertubuhan akar umbinya untuk mendekati penduduk mengenai langkah Belanjawan 2022.



Penduduk yang ingin menghadiri sesi dialog ini boleh mendaftar minat mereka di laman go.gov.sg/postbudget2022 selewat-lewatnya jam 2 petang pada 28 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >