Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belanjawan 2022: Keluarga pendapatan rendah akan raih lebih sokongan

Feb 18, 2022 | 06:00 PM

SETIAP keluarga berpendapatan rendah di bawah program ComLink (Community Link) akan mendapat bantuan yang disesuaikan untuk menangani isu dan masalah yang dihadapi agar membolehkan mereka memperbaiki kehidupan mereka.

Program itu, yang menyediakan sokongan menyeluruh dan diselaraskan untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang tinggal di flat sewa HDB yang diberi subsidi tinggi, akan mempunyai "pelan tindakan" untuk menangani cabaran, aspirasi dan keperluan khusus setiap keluarga

Pendamping yang terlatih dan berdedikasi akan dipadankan dengan setiap keluarga untuk menyokong mereka. Pendamping ini akan membantu keluarga berhubung dengan pelbagai agensi pemerintah dan kumpulan masyarakat, supaya mereka boleh mendapat bantuan holistik dan yang tepat pada waktunya. 

Dalam ucapan Belanjawan pertamanya pada Jumaat (18 Feb), Menteri Kewangan Lawrence Wong, membentangkan usaha pemerintah meningkatkan sokongan sosial bagi warga Singapura lebih-lebih lagi untuk keluarga berpendapatan rendah.

Beliau juga berkata perlunya untuk ada penyelarasan yang lebih rapat dan persepaduan perkhidmatan sosial memandangkan masalah yang dihadapi keluarga yang memerlukan selalunya mempunyai pelbagai sudut dan saling terkait. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3