Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: S'pura akan naikkan GST dari 7% kepada 9% dalam dua peringkat pada 2023 dan 2024

Feb 18, 2022 | 06:08 PM



KADAR cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkat dari 7 kepada 9 peratus dalam dua tahap - satu peratusan mata setiap kali pada 1 Januari 2023 dan 1 Januari 2024.



Pakej Jaminan $6 bilion yang diumumkan pada 2020 bagi menangani impak kenaikan GST akan juga menerima suntikan $640 juta, menjadikan keseluruhan jumlahnya $6.6 bilion, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dalam ucapan Belanjwan sulungnya pada Jumaat (18 Februari).



Tambahan GST yang dilewatkan, yang akan membawa sekitar 0.7 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) berupa pendapatan tahunan - sekitar $3.5 bilion - apabila kenaikan penuh dilaksanakan pada 2024, akan ditujukan pada usaha menyokong perbelanjaan jagaan kesihatan serta menjaga warga emas sementara cabang lain perbelanjaan sosial turut meningkat juga.



Pendapatan GST sendiri tidak mencukupi untuk meliputi perbelanjaan jagaan kesihatan tambahan, kata Encik Wong. Kerana itu Singapura perlukan bukan sahaja tambahan GST tetapi perubahan pada cukai pendapatan peribadi, cukai hartanah dan cukai kenderaan yang beliau umumkan dalam ucapannya pada Jumaat, tambahnya.



Mengenai penentuan masa GST sebegini diperkenal, Encik Wong berkata beliau telah secara berhati-hati mempertimbang situasi menyeluruh - keseluruhan pandemik yang berlarutan, keadaan ekonomi dan ramalan inflasi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >