Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023: Penyepadu dilantik untuk fahami jurang tenaga kerja, kemahiran; bangunkan latihan relevan

Feb 14, 2023 | 05:24 PM



PEMERINTAH akan melantik Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran untuk bekerjasama dengan rakan industri, latihan dan pekerjaan bagi memahami jurang tenaga kerja dan kemahiran dalam sektor serta membangunkan latihan relevan yang diperlukan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa.


Ini akan dirintis dalam sektor kejuruteraan jitu, runcit dan perdagangan borong yang mempunyai jumlah pekerja matang dan syarikat kecil dan sederhana (SME) yang lebih tinggi.


Encik Wong berkata golongan penyepadu itu mungkin terdiri daripada institusi yang sedia ada, namun mereka akan diberi tanggungjawab dan hasil baru untuk dilaksanakan.

Mengumumkannya dalam Belanjawan 2023 di Parlimen, Encik Wong berkata terdapat keperluan untuk memastikan latihan yang dijalani pekerja akan memberikan hasil pekerjaan yang baik.


Meskipun baik untuk mengadakan lebih banyak latihan kemahiran, Encik Wong berkata program latihan boleh berbeza dari segi mutu, dengan ada yang membolehkan peserta meraih sijil yang diiktiraf atau kemahiran khusus yang dicari-cari industri, tetapi yang lain pula mungkin tidak begitu relevan untuk industri.


“Pekerja sendiri mungkin tidak tahu apakah program latihan yang perlu dijalani, atau apakah kecekapan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik.


“Majikan, terutamanya dalam kalangan SME, juga mungkin tidak biasa dengan landskap latihan, dan sering menghadapi cabaran memenuhi kerja kosong meskipun terdapat kumpulan orang sedang mencari kerja yang sedia ada.


“Oleh itu, terdapat keperluan membangunkan perantara pasaran pekerja yang boleh bekerjasama dengan rakan industri, latihan, dan pemudah cara pekerjaan bagi memanfaatkan sepenuhnya penempatan latihan dan pekerjaan,” kata beliau, yang juga Menteri Kewangan.


Encik Wong berkata contohnya, Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran itu akan perlu mendekati syarikat untuk memahami jurang tenaga kerja dan kemahiran dalam sektor.


Mereka juga perlu bekerjasama dengan penyedia latihan untuk mengemaskini program latihan yang sedia ada atau membangunkan program baru bagi merapatkan jurang kemahiran.


Selain itu, penyepadu perlu bekerja rapat dengan agensi pemudah cara pekerjaan, mendapatkan sokongan rakan industri dan kesatuan, serta mengenal pasti individu dengan kebolehan dan kesesuaian yang betul bagi latihan.


“Lebih penting sekali, mereka mesti memastikan latihan itu akan menghasilkan prospek pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik,” kata Encik Wong.


Butiran lanjut mengenai inisiatif itu akan dikongsi dalam Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) nanti.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >