Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023: Skim kredit baru diperkenal galak firma gajikan bekas pesalah

Feb 14, 2023 | 05:28 PM



SATU skim baru akan diperkenalkan untuk menggalak syarikat menggajikan bekas pesalah, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa.

Skim Kredit Peningkatan Pekerjaan itu akan disediakan dalam bentuk imbangan gaji dengan masa terhad, tambah beliau.


Sementara itu, skim Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya pula akan dipertingkat bagi menampung bahagian gaji yang lebih besar dan tempoh yang lebih lama bagi individu kurang upaya yang tidak bekerja sekurang-kurangnya enam bulan.


Butiran lanjut mengenai dua skim itu, yang bertujuan melakukan lebih banyak lagi untuk golongan pekerja tertentu yang memerlukan bantuan lanjut untuk mendapatkan pekerjaan, akan dikongsi semasa Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) nanti, dengan hasilnya akan disemak pada 2025, kata Encik Wong.


“Pada akhirnya, insentif kewangan hanya satu cara kami menyokong individu kurang upaya dan bekas pesalah.


“Kami juga memerlukan usaha berdedikasi dalam masyarakat, melalui badan-badan seperti SG Enable, Reben Kuning Singapura, dan rakan masyarakat mereka, serta kerjasama rapat bersama majikan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang bermakna bagi individu kurang upaya dan bekas pesalah,” kata Encik Wong ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen.


Buat masa ini, dalam usaha menggalak pengambilan pekerja tempatan, pemerintah menyediakan insentif kepada syarikat yang menggajikan pekerja matang yang tidak bekerja sekurang-kurangnya enam bulan, individu kurang upaya dan bekas pesalah melalui skim Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI).


Skim itu bagaimanapun akan berakhir pada Mac ini.


Di bawah fasa  kelima JGI dari Oktober 2022 hingga Mac ini, pemerintah akan membiayai bersama 20 peratus daripada $6,000 gaji kasar bulanan yang pertama untuk enam bulan pertama bagi pekerja yang layak.

 





====================

Belanjawan 2023:



====================

Belanjawan 2023:



====================

Belanjawan 2023:




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >