Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2022

Belanjawan agihkan kekayaan bagi bangunkan masyarakat lebih setara: panelis BH

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



BELANJAWAN tahun ini berusaha untuk mengagihkan semula kekayaan dengan meningkatkan cukai untuk golongan berada, serta menggunakan pendapatan itu demi membantu mereka yang memerlukan.



Golongan keluarga berpendapatan rendah dan pekerja akan meraih manfaat daripada langkah ini yang turut bertujuan mengatasi ketidaksamaan serta memperkukuh kompak sosial.



Demikian menurut panelis dalam sesi perbincangan pasca-Belanjawan anjuran Berita Harian semalam.



Seorang anggota panel itu, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata perubahan kepada rangka kerja cukai ialah langkah ketara dalam Belanjawan kali ini.



Ini termasuk langkah menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 8 peratus bermula 1 Januari 2023, dan seterusnya 8 peratus kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024.



"Pemerintah akan mengurangkan kesannya menerusi langkah sokongan tertentu, dan membekukan beberapa bayaran pentadbiran. Jadi impaknya mungkin kurang dirasai.



"GST ialah cukai yang berulang. Mengapa kita perlukannya? Kerana perbelanjaan berulang yang kita gunakan untuk penjagaan kesihatan, untuk bayar infrastruktur, untuk pendidikan kanak-kanak, memerlukan pendapatan yang berulang seperti GST," kata Encik Saktiandi, yang juga Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh.



Membentangkan Belanjawan Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, turut mengumumkan langkah sokongan bagi membantu warga Singapura mengatasi kesan kenaikan GST. Ini di bawah Pakej Jaminan bernilai $6.6 bilion, yang termasuk bayaran wang tunai, rebat GST-U Save, dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), tokokan Medisave, antara lain.



Pemerintah juga akan membelanjakan $560 juta di bawah Pakej Bantuan Keluarga Tambahan (HSP) bagi menyediakan bantuan segera bagi membantu isi rumah warga Singapura dengan perbelanjaan harian.



Seorang lagi panelis perbincangan BH, Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, berkata gabungan Pakej Jaminan dan Pakej Bantuan itu akan mengukuhkan sokongan sosial.



Katanya, langkah menunda GST ke tahun depan, dan melaksanakannya secara bertahap, ialah langkah disambut baik ramai pengguna.



"Mungkin kerana ramai yang rasa tidak tentu, ramai yang rasa masih lagi agak kurang kepastian bagaimana kita akan melangkah daripada Covid dan Omicron.



"Langkah pemerintah membuat sedemikian seperti mendengar rintihan masyarakat Singapura dan rata-ratanya ia menambahkan keyakinan dari segi kebolehan untuk menangani peningkatan ini dengan apa yang ditawarkan," ujar Cik Hazlina.



Selain kenaikan GST, beberapa perubahan kepada sistem cukai lain yang diumumkan termasuk meningkatkan cukai pendapatan peribadi bagi mereka yang berpendapatan tinggi bermula tahun penilaian 2024. Ia akan menjejas golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai pendapatan dikenakan cukai tahunan melebihi $500,000.



Pembeli kereta mewah akan dikenakan kadar cukai lebih tinggi bermula bulan ini, manakala kadar cukai hartanah bagi hartanah perumahan, termasuk hartanah pelaburan, akan ditingkatkan dari 2023.



Naib Presiden Kesatuan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, pula gembira "banyak yang diminta" gerakan buruh dipenuhi pemerintah.



"Pertama, bagi pekerja gaji rendah, ada bantuan. Kedua, latihan disasarkan untuk pekerja di luar sana yang masih mencari pekerjaan," ujar Anggota Parlimen Dilantik itu (NMP).



Yang paling disambut baik gerakan buruh ialah geran sekitar $100 juta untuk menyokong NTUC dalam usahanya memperluaskan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC), yang akan menggalakkan majikan bekerjasama dengan NTUC untuk meningkatkan prestasi pekerja, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >