Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan Bangkit Lebih Kukuh Bersama tangani pandemik, persiap masa depan

Lindungi kesihatan awam, buka semula ekonomi serta sokong sektor, pekerja yang masih teruk terjejas * Pakej Bantuan Keluarga Tambahan juga diberi bagi bantu keluarga berpendapatan rendah, sederhana 
Feb 17, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat membentangkan Belanjawan yang mengimbangi keperluan menangani cabaran jangka pendek pandemik Covid-19 yang belum berakhir di samping melabur dalam masa hadapan Singapura.



Bagi menangani keperluan jangka pendek, Pakej Daya Tahan Covid-19 bernilai $11 bilion diumumkan dan akan dibiayai dari rizab lampau buat tahun kedua berturut-turut.



Ia dibentangkan antara lain bagi melindungi kesihatan awam dan pembukaan semula ekonomi, serta menyokong sektor dan pekerja yang masih teruk terjejas akibat wabak itu.



Pakej Bantuan Keluarga Tambahan bernilai $900 juta akan juga diberikan yang meliputi baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) $100 yang boleh digunakan bagi berbelanja di pusat penjaja dan kedai-kedai kejiranan.



Bantuan itu akan membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana sedang keadaan ekonomi masih tidak menentu disebabkan wabak itu.



Demi membantu firma dan pekerja bangkit lebih kukuh bagi tiga tahun mendatang, dana sebanyak $24 bilion diperuntuk bagi merombak ekonomi termasuk mewujudkan peluang pekerjaan.



Membentangkan 'Belanjawan Bangkit Lebih Kukuh Bersama' di Parlimen semalam, Encik Heng berkata meskipun ekonomi dijangka tumbuh 4-6 peratus tahun ini, prestasi sektor tidak serata.



Dari Pakej Daya Tahan Covid-19 sebanyak $11 bilion, $4.8 bilion diperuntukkan bagi melindungi kesihatan awam dan pembukaan semula ekonomi dengan selamat termasuk meluaskan program vaksin.



Sebanyak $2.9 bilion diperuntukkan bagi Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) termasuk lanjutan selama enam bulan bagi sektor-sektor paling teruk terjejas seperti penerbangan dan pelancongan, serta lanjutan tiga bulan bagi khidmat makanan, runcit, seni dan hiburan.



"Seperti banyak negara, kami telah menyalurkan sumber yang banyak dalam mengekalkan nyawa dan kehidupan di tengah-tengah pandemik ini. Tetapi, apa yang akan membezakan Singapura ialah pelaburan kita bagi masa hadapan,'' jelas Encik Heng.



Dalam pelaburan jangka panjang, $24 bilion yang diperuntukkan itu termasuk membangunkan perniagaan yang rancak, dengan semangat inovasi dan jaringan yang terhubung di Asia dan dunia, serta mewujudkan peluang pekerjaan dan melaksanakan inisiatif mereka semula pekerjaan.



Ia juga termasuk memulihkan kedudukan Lapangan Terbang Changi sebagai pusat penerbangan utama yang selamat dan terhubung.



Belanjawan ini juga membentangkan Pelan Singapura Menghijau 2030 yang antara lain memperuntukkan $30 juta selama lima tahun bagi merancakkan inisiatif kenderaan elektrik.



Kadar cukai petrol juga dinaikkan sebanyak 15 sen seliter sejak semalam tetapi pemerintah akan menyediakan rebat cukai bagi membantu mereka yang bergantung kepada kenderaan mereka untuk mencari rezeki.



Setelah mencatatkan defisit Belanjawan terbesar sebanyak $64.9 bilion dalam tahun fiskal (FY) 2020 atau 13.9 peratus dari Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), Belanjawan kali ini dijangka mencatatkan defisit $11 bilion atau 2.2 peratus dari GDP.



Jika keadaan pandemik bertambah teruk dan ekonomi semakin terjejas, Encik Heng menyatakan pemerintah telah meminta pertimbangan Presiden Halimah Yacob untuk menggunakan rizab lampau.



Keadaan fiskal akan menjadi lebih sukar di masa-masa mendatang akibat perbelanjaan yang meningkat seperti penjagaan kesihatan dan membangunkan jaringan keselamatan lebih kukuh bagi membantu golongan rentan.



Bagi membiayai kenaikan itu, peningkatan GST tidak boleh ditunda terlalu lama dan perlu dilaksanakan sekitar 2022 hingga 2025 iaitu "lebih awal dari lambat", bergantung kepada ekonomi, kata Encik Heng.



Mengulas mengenai Belanjawan itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata sedang negara ini menangani pandemik, masa hadapan tidak harus diabaikan.



"Belanjawan ini mempunyai banyak langkah membangunkan keupayaan dan daya saing. Apabila matahari bersinar lagi, kita mesti bersedia untuk merebut peluang baru.



"Semangat 'kita boleh" ini telah membantu kita mengatasi krisis kewangan terakhir. Dengan daya tahan yang ditunjukkan rakyat kita kali ini, saya yakin bahawa kita dapat melakukannya lagi,'' kata Encik Lee, dalam posnya di Facebook.



Belanjawan akan dibahaskan mulai 24 Februari ini.




PELABURAN BAGI MASA DEPAN

Seperti banyak negara, kami telah menyalurkan sumber yang banyak dalam mengekalkan nyawa dan kehidupan di tengah-tengah pandemik ini. Tetapi, apa yang akan membezakan Singapura ialah pelaburan kita bagi masa hadapan.

- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, yang membentangkan 'Belanjawan Bangkit Lebih Kukuh Bersama' di Parlimen semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >