Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: REAKSI

Belanjawan bantu firma kekal bersaing, tingkat produktiviti: DPPMS, peniaga

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



BELANJAWAN yang dibentangkan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan memastikan perniagaan kekal berdaya saing dan meningkatkan produktiviti, kata dewan perniagaan dan peniaga.



Namun, beberapa penganalisa rasa lebih banyak sokongan boleh dihulurkan untuk memastikan perniagaan, terutamanya syarikat kecil dan sederhana (SME), dapat mengekalkan pekerja setempat mereka.



Timbalan presiden DPPMS dan pengerusi Pusat SME@DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata SME mesti terus membina keupayaan baru dan mempercepatkan usaha transformasi untuk kekal berdaya tahan dalam dunia pascapademik.



"Pusat SME, bersama dengan DPPMS, akan terus bekerja rapat dan membantu perusahaan dalam bidang seperti pendigitalan, kewangan atau pembangunan strategi perniagaan bagi kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang," kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Group, Encik Suhaimi Salleh, pula berkata inisiatif yang disediakan adalah baik, lebih-lebih lagi bagi perniagaan mikro dan kecil. Ia dapat mengurangkan kos apabila mereka melaksanakan transformasi kepada perniagaan dan tenaga kerja mereka.



"Misalnya operasi perniagaan yang banyak menggunakan tenaga kerja boleh diubah dengan penggunaan alat teknologi dan sofwe yang sesuai. Inisiatif ini tentu akan mendorong peniaga untuk teroka usaha dalam meningkatkan produktiviti syarikat dengan serta merta dan juga meningkatkan keupayaan tenaga kerja mereka melalui kursus-kursus latihan yang relevan," kata beliau.



Namun, Encik Lennon Lee, rakan cukai PwC Singapore, berkata meskipun inisiatif seperti lanjutan tempoh bagi beberapa program pinjaman dialu-alukan, manfaat yang akan diraih mungkin hanya untuk tempoh singkat sahaja.



Ini kerana program dan skim tersebut dilanjutkan untuk hanya enam bulan apabila kesan pandemik tidak mungkin akan lenyap dalam tempoh masa itu.



"Berdepan dengan peningkatan ketara dalam kos operasi, lanjutan JGI dan bayaran $1,000 bagi setiap pekerja setempat, dalam pandangan saya, tidak akan mencukupi untuk membantu SME yang menghadapi cabaran dengan kos pekerjaan yang meningkat untuk mengekalkan populasi pekerja setempatnya," kata beliau.



Dalam Belanjawan yang dibentangkan itu, Encik Wong mengumumkan bahawa Inisiatif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) akan dilanjutkan bagi tempoh enam bulan hingga September tahun ini.



Beberapa program pinjaman pula, seperti Program Pinjaman Penyambung Sementara (TBLP) dan Pinjaman Perdagangan Skim Pembiayaan Perusahaan (EFS-TL), akan dilanjutkan sedang kadar inflasi mencetuskan keprihatinan kewangan dalam kalangan peniaga.



Encik Wong turut mengumumkan Geran Pemulihan Perniagaan Kecil baru bagi SME dalam sektor yang terjejas teruk dek pandemik Covid-19 dengan sokongan hingga $10,000.



Sekitar $600 juta pula diperuntukkan bagi meluaskan huraian yang ditawarkan di bawah Geran Huraian Produktiviti (PSG) dan menggalak pelaksanaan huraian produktiviti oleh SME.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >