SUSULAN BELANJAWAN 2019
Belanjawan cermin iltizam S'pura kekal relevan, prihatin masyarakat memerlukan
Feb 20, 2019 | 05:30 AM
BELANJAWAN negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, semalam boleh disifatkan sebagai belanjawan murah hati dan seimbang yang diharap dapat membantu warga dan perniagaan setempat mengharungi sekitaran global yang kian mencabar.
Yang nyata, ia mencerminkan iltizam Singapura untuk kekal relevan dan berdaya saing sedang negara berdepan dengan perubahan-perubahan besar yang bakal membentuk orde baru dunia.