Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan imbang pelbagai keperluan termasuk untuk golongan memerlukan: DPM Wong

Warga S'pura masih bayar cukai yang lebih rendah
Feb 25, 2023 | 05:30 AM



WARGA Singapura membayar cukai yang lebih rendah tetapi pada masa yang sama masih boleh menikmati perkhidmatan awam berkualiti tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong pada Jumaat.



Beliau memberi respons kepada Anggota Parlimen (AP) yang meminta lebih banyak sokongan kos sara hidup, atau lebih banyak bantuan bagi kumpulan tertentu.



"Berbanding dengan rakyat di negara lain, warga Singapura membayar cukai yang lebih rendah dan masih dapat menikmati perkhidmatan awam berkualiti tinggi.



"Pada masa yang sama, beban cukai yang rendah ini memberi ganjaran kepada kerja keras dan perniagaan serta membolehkan warga dan perniagaan kita mengekalkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka," kata Encik Wong.



Beliau menjelaskan golongan berpendapatan pertengahan membayar cukai kurang daripada rakan sejawatan mereka dalam masyarakat maju di negara lain, tetapi pada masa yang sama menerima lebih banyak manfaat berbanding apa yang mereka keluarkan dari segi cukai.



Encik Wong berkata Singapura mempunyai kedudukan fiskal yang ketat dalam jangka sederhana dan Belanjawan 2023 adalah "tindakan pengimbangan yang teliti".



Dalam ucapannya bagi menggulung perbahasan Belanjawan 2023, Encik Wong turut memberi respons kepada 58 AP yang telah mengetengahkan pelbagai isu seperti memberi lebih banyak sokongan untuk mengatasi kos sara hidup dan memberi lebih banyak bantuan kepada golongan tertentu, dalam perbahasan selama tiga hari.



Parlimen telah meluluskan Belanjawan bernilai $123.7 bilion itu pada Jumaat.



"Kita mahu kembali ke kedudukan fiskal yang lebih mampan, tetapi kita tidak boleh mengurangkan sokongan terlalu cepat kerana prospek ekonomi masih tak menentu.



"Kami mahu membantu warga Singapura menangani tekanan kos sara hidup, tetapi kita mesti berhati-hati untuk tidak menjana lebih banyak permintaan secara tidak sengaja dan memburukkan lagi inflasi," katanya.



Beliau berkata Belanjawan tidak boleh merangkumi semua perkara, dan bagi Belanjawan kali ini, fokusnya adalah terhadap menjamin daya saing ekonomi, menyokong keluarga dan kumpulan yang terdedah, dan mengukuhkan daya tahan Singapura.



"Pemerintah kekal fokus untuk memajukan kesejahteraan kebanyakan anggota masyarakat golongan pertengahan," kata Encik Wong.



Pun begitu, beliau akur kedudukan fiskal Singapura yang ketat adalah realiti dalam jangka masa sederhana.



"Tanpa kenaikan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan langkah cukai lain yang kami buat dalam Belanjawan tahun lalu dan tahun ini, unjuran jelas menunjukkan bahawa kami tidak akan mempunyai hasil yang mencukupi untuk menampung peningkatan dalam perbelanjaan.



"Sebab itu kita perlu meneruskan langkah kedua kenaikan GST pada 2024 seperti yang dirancang.



"Menangguhkan ini hanya akan menyimpan lebih banyak masalah bagi masa depan dan akan menyebabkan kita kekurangan sumber untuk menjaga bilangan warga emas yang semakin meningkat," tambahnya.



Dalam perbahasan sebelum ini, beberapa AP mencadangkan pelbagai sumber pendapatan alternatif, termasuk cukai korporat dan kekayaan, sebagai ganti menaikkan GST.



Encik Wong berkata Singapura mesti "sangat berhati-hati" dalam menaikkan cukai korporat.



"Persaingan untuk pelaburan global hanya akan menjadi lebih sukar. Kita mungkin tidak dapat mengatasi kuasa besar dalam perbelanjaan. Kita tidak mampu untuk merugikan diri kita dalam persaingan, jika tidak, Singapura dan warga Singapura yang akan paling rugi," ujar beliau.




SEKILAS INISIATIF BARU ANTARA KEMENTERIAN



  • Mulai Februari 2023, Sistem Janji Temu Kesihatan (HAS) diperluas termasuk untuk vaksinasi Human Papillomavirus (HPV2) bagi wanita yang layak.

  • Bot ScamShield di WhatsApp dilancar akhir 2022 untuk orang ramai lapor dan periksa mesej penipuan.

  • GovTech tubuh Pusat Operasi Keselamatan Siber Pemerintah (GCSOC) untuk perkukuh cara kesan ancaman, laksana analitik dan tambah baik respons insiden.

  • Alat pengesanan pancingan data, PhisMon, dibangun di GCSOC bagi buru laman berniat jahat yang serupai laman agensi pemerintah.

  • Cabaran Inovasi dilancarkan Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) di Daerah Tasik Jurong untuk undang syarikat pemula dan privet serta institusi kajian untuk kemuka penyelesaian bagi kemampanan bandar.

  • Menjelang akhir 2023, syarikat kecil dan sederhana (SME) akan dapat bida kontrak pemerintah di bawah kategori baru, Tender Lite, dengan syarat lebih mudah dan ringkas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >