Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan Kecekalan: Semua isi rumah dengan sekurangnya 1 warga bakal terima subsidi utiliti $100

May 26, 2020 | 05:40 PM

SETIAP isi rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang warga Singapura akan menerima subsidi sekali $100 bagi menampung bil utiliti rumah mereka, umum Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat di Parlimen pada petang Selasa (26 Mei).


Subsidi itu, yang dikenali sebagai Kredit Utiliti Kesepakatan, akan dikredit dalam bil utiliti mereka pada Julai atau Ogos dan merangkumi semua jenis hartanah.


Subsidi itu diberikan sebagai tanda terima kasih kepada warga Singapura kerana memainkan peranan mematuhi peraturan duduk di rumah demi memerangi Covid-19, kata Encik Heng, yang juga merupakan Menteri Kewangan.


Dalam pada itu, lagi sejumlah $800 juta akan diperuntuk bagi Geran Sokongan Covid-19.


Ini bagi membantu warga Singapura yang kehilangan pekerjaan akibat wabak tersebut, pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, dan mereka yang  mendapat gaji berkurangan ketara pada bulan-bulan akan datang kerana pandemik koronavirus.


Pemerintah telah menerima sekitar 46,000 permohonan sepanjang tiga minggu sejak geran sokongan itu diperkenalkan pada Mei.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >