Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan Singapura 2016: Dana $25 juta bagi sokong projek rakyat

Mar 24, 2016 | 05:59 PM



RAKYAT Singapura yang merancang untuk mengadakan aktiviti yang diterajui oleh rakyat kini akan mendapat bantuan dari pemerintah setelah ia memperuntukkan $25 juta pada separuh kedua tahun ini untuk menyokong projek-projek yang bermakna.

Dana tersebut, yang dipanggil Dana Singapura Kami atau Our Singapore Fund akan "menyokong projek yang membina semangat keprihatinan dan daya tahan, serta menggalakkan perpaduan dan semangat sebagai rakyat Singapura" kata Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawan tadi.

"Ia adalah 'Dana Singapura Kami' kerana ia adalah mengenai bagaimana kita semua boleh bersatu untuk berkongsi kekuatan, kasih sayang dan mencipta sesuatu yang lebih baik bersama-sama, untuk membina Singapura kami bersama," katanya.

Dana itu akan diselaraskan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) yang akan memberikan maklumat lanjut di sesi parlimen Jawatankuasa Bekalan bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >