CUKAI Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan dari tujuh kepada sembilan peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Langkah tersebut mengambil kira peningkatan perbelanjaan pemerintah dalam penjagaan kesihatan, infrastruktur dan keselamatan, yang dijangkakan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.
Menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat, ini akan dikuatkuasakan antara 2021 dan 2025.
Encik Heng berkata bahawa langkah tersebut perlu kerana “setelah mempertimbangkan pilihan yang lain untuk menguruskan perbelanjaan pada masa akan datang dengan berjimat dan meminjam untuk infrastruktur, jurang masih didapati.”