Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belasungkawa untuk mendiang Lee

Mar 29, 2015 | 04:56 PM



"Apa yang masih kekal dalam fikiran saya adalah masa dan tenaga mindanya yang beliau luangkan untuk mempersiapkan kami dalam memikul tanggungjawab yang bakal dipikul.


"Banyak masa dalam mesyuarat Kabinet diluangkan bersama mendiang yang menongsi pengalamannya dalam politik, penggubalan dasar dan pelaksanaannya.


"Beliau menyebarkan dan membincangkan secara mendalam, esei dan komentar daripada makalah dan akhbar.


"Semasa beliau mengadakan lawatan rasmi dan menghadiri persidangan, beliau sering membawa sebahagian kami yang muda-muda agar kami dapat membuat penyesuaian tentang bagaimana kami dapat berhubungan dengan pemimpin luar negara dan membolehkan kita memerhatikan bagaimana beliau meneroka, demi mendapatkan pemahaman lebih baik tentang keaadaan semasa dunia.


"Beliau sering mencari sesuatu yang dapat disesuaikan dengan Singapura menurut pandangan beliau dan pandangan kami."


- Encik S. Dhanabalan, 78 tahun, mantan menteri pembangunan negara


"Saya telah berkhidmat sebagai anggota Kabinet sehingga 1984. Apa yang paling mengagumkan saya tentang Encik Lee ialah semangat cinta beliau yang kuat terhadap Singapura. Beliau sentiasa memikirkan bagaimana beliau boleh memajukan Singapura dan kehidupan rakyatnya.


"Sebaik sahaja beliau membuat keputusan bahawa sesuatu dasar itu adalah baik bagi kepentingan Singapura yang dicintai, beliau akan melaksanakannya, walaupun langkah itu akan menjadikan beliau tidak popular...


"...tanpa Encik Lee, kisah Singapura mungkin agak berbeza. Beliaulah tokoh yang paling penting yang menggerakkan kumpulan perintis para pemimpin PAP dan para penyokong akar umbi dalam perjuangan kami menentang, pertama pemerintahan penjajah dan kemudian golongan pro-komunis dan golongan perkauman.


"Ringkasnya, Encik Lee Kuan Yew ialah seorang pemimpin yang berpandangan jauh yang berani berjuang demi mencapai visi beliau. Tanpa beliau, Singapura tidak akan menjadi seperti keadaannya hari ini."


- Encik Ong Pang Boon, 86 tahun, mantan menteri ehwal dalam negeri


"Semasa saya kecil, bapa saya sering memberitahu saya tentang Encik Lee. Encik Lee telah menyaksikan kesusahan yang dialami masyarakat India pada masa itu dan beliau bertekad untuk membantu dan membuat perubahan.


"Pada masa itu, kebanyakan keluarga India hanya mempunyai seorang pencari nafkah sahaja kerana kaum wanita India tidak dibenarkan bekerja. Bagaimanapun, Encik Lee telah memberi galakan yang kuat dan membuat kaum wanita India berani memasuki alam pekerjaan, mendapatkan kemahiran dan membantu keluarga mereka dari segi kewangan. Dengan lebih ramai wanita India mula bekerja, keluarga mereka mula meraih pendapatan yang lebih tinggi.


"Oleh kerana Encik Lee juga memastikan bahawa perumahan awam adalah dimampui, pendapatan bersama suami dan isteri telah membolehkan keluarga-keluarga India membeli rumah dan mempunyai anak.


"Hari ini, kita lihat banyak keluarga yang mempunyai dua pendapatan di kalangan masyarakat India. Kita harus berterima kasih kepada Encik Lee dalam perkara ini."


- Encik G Muthukumarasamy, Setiausaha Agung Gabungan Kesatuan Pekerja-pekerja Awam Bergaji Hari (AUPDRW)


"Pemergian beliau bukan sahaja satu kehilangan kepada negara tetapi juga, secara peribadi, satu kehilangan yang besar bagi saya.


"Setelah bekerja rapat dengan beliau selama bertahun-tahun, saya amat menghormati dan mengagumi beliau dan saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kisah semasa saya bekerja rapat dengan pemimpin kita yang hebat ini.


"Pada masa dahulu, sambutan Tahun Baru Cina dimulakan dengan membakar mercun, diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan.


"Semasa satu acara sambutan, mercun yang dibakar tidak meletup. Selepas beberapa ketika menunggu, kami menjadi tidak sabar dan pengacara majlis mengambil keputusan untuk meneruskan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan.


"Sejurus selepas Lagu kebangsan dimainkan, mercun pun meletup dengan bunyi yang kuat. Kami fikir ini sesuatu yang agak melucukan tetapi Encik Lee tidak berasa begitu sama sekali.


Kemudiannya, beliau memberitahu kami: "Dalam perkara begini pun kita tidak dapat melakukan dengan betul, bagaimana kita hendak mengendalikan negeri?""


- Encik Leong Chun Loong, Jaksa Pendamai


"Saya telah memikirkan apa yang saya telah pelajari mengenai Encik Lee sebagai seorang individu dan pengasas Singapura yang merdeka, dan saya telah mula memahami betapa besarnya pengorbanan beliau dan keluarga beliau untuk memastikan kejayaan Singapura.


"Saya sedar betapa saya telah mengambil mudah untuk mengucapkan terima kasih dan betapa banyak lagi saya harus mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas perkara ini.


Bagi saya, Encik Lee telah berubah daripada seorang negarawan yang lanjut usia, di mana buku-buku teks kita menyebut bahawa beliau telah banyak berjasa untuk kita tetapi kelihatan tidak relevan dalam kehidupan harian saya, kepada seorang negarawan yang saya amat berterima kasih dan hargai. Saya mula nampak kebenaran banyak perkara berkaitan Singapura kerana saya telah melihat dunia menerusi pandangan beliau."


- Cik Cassandra Chew, mantan wartawan meja politik dengan akhbar The Straits Times dari 2009 hingga 2011




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >