Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beli bahan makanan hasil tempatan untuk Raya

Video galak beli pengeluaran makanan hasil tempatan

May 06, 2021 | 06:00 AM



MENJELANG Hari Raya Aidilfitri, ramai keluarga bukan sahaja sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka puasa tetapi juga memikirkan makanan yang ingin dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. 



Membeli bahan makanan hasil tempatan seperti sayur-sayuran, telur dan ikan adalah pilihan baik buat masakan semasa Ramadan dan Lebaran nanti. 



Ini dilakukan oleh tiga beradik dalam satu filem pendek komedi berjudul Trace Mak Together (Jejak Mak Bersama), terbitan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), yang dilancarkan 22 April lalu. 



 





 



Dalam filem pendek tersebut, tiga beradik, Hafizah, Sabrina dan kakak mereka (Kak), telah pergi ke sebuah pasar raya untuk mengintip emak mereka (Mak) yang dilakonkan oleh Zaliha Abdul Hamid yang sedang berbelanja.



Mereka mendapat tahu bahawa Mak suka membeli bahan makanan yang mempunyai logo merah SG Fresh Produce (Hasil Makanan Segar SG). 



Menurut Kak yang dilakonkan oleh Haslinaa Jaaman, misi mereka ialah mengetahui bahan makanan yang suka dibeli Mak supaya mereka boleh memasak bagi menyambut hari jadi Mak.



Pelakon Nur Farah Khaizuran Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Farah Lola membawa watak Hafizah dan Nadiah Mohammad atau lebih dikenali sebagai Nadiah M. Din melakonkan watak Sabrina. 



 



Zaliha Abdul Hamid memainkan watak Mak dalam video itu. - Foto MSE(Zaliha Abdul Hamid memainkan watak Mak dalam video itu. - Foto: MSE)



Filem itu menunjukkan Mak mengambil sayur kangkung dan cendawan tiram serta mencari telur yang mempunyai logo merah SG Fresh Produce. 



Di hampir penghujung filem tersebut, tiga beradik itu bersama bapa mereka lakonan A.Mahady tampil menyambut hari jadi Mak dengan menjamu selera makanan kegemaran Mak di rumah. 



Apa yang berlaku di akhir video itu? Untuk ketahuinya, tontonilah video itu.



Kempen MSE 



Filem pendek empat minit itu dihasilkan bagi memaparkan mesej kempen MSE - Berkongsi rasa tanah air dengan membeli bahan makanan hasil tempatan (Share in the taste of home by buying local produce). 



Ia dihasilkan atas kerjasama jabatan Komunikasi Visual dan Digital MSE bersama syarikat penerbitan, OHBOY! Pictures. 



MSE menggalakkan orang ramai untuk menyokong bahan makanan hasil tempatan yang merupakan kunci bagi memperkukuhkan keselamatan makanan Singapura.



Logo merah SG Fresh Produce



Lantaran itu, masyarakat disarankan membeli sayur-sayuran, telur dan ikan yang mempunyai logo merah SG Fresh Produce.



Logo itu dilancarkan pada hujung 2020, yang menandakan bahawa bahan makanan tersebut adalah hasil tempatan. 


(Logo SG Fresh Produce bagi mengenali bahan makanan hasil tempatan - Foto: MSE)



Pelan Hijau Singapura 2030



Ini sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030, satu gerakan seluruh negara ke arah kemampanan, bagi membina tiang “masa depan yang berdaya tahan”.



Apabila Singapura menghasil lebih banyak makanan sendiri, kita akan mengurangkan pergantungan terhadap import dan kerentanan gangguan rantaian bekalan, misalnya, akibat pandemik Covid-19. 



Orang ramai boleh membeli bahan makanan hasil tempatan di semua pasar raya terkemuka di sini - Cold Storage, FairPrice, Prime Supermarket dan Sheng Siong serta peruncit di dalam talian, Redmart (redmart.lazada.sg). 



Geran 30x30 Express



Tahun lalu, SFA melancarkan geran 30x30 Express bagi membolehkan  industri agro-makanan menerima suntikan bernilai S$30 juta bagi mempercepatkan hasil tanaman dan pengeluaran makanan setempat. 



Melalui geran 30x30 Express, para petani yang menghasilkan telur, sayur-sayuran dan ikan akan diundang untuk membentangkan saranan mereka untuk "menghasilkan lebih dan dengan lebih pantas". Mereka boleh menggunakan geran tersebut untuk bayaran kos mempercepat kapasiti pengeluaran dalam tempoh enam hingga 24 bulan akan datang. 



Kebun bandar di ruang bumbung tempat meletak kereta



Singapura juga merancang mengadakan lebih banyak kebun bandar di ruang bumbung tempat meletak kereta Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB). 



September tahun lalu, SFA telah menawarkan tender di sembilan kawasan bagi menubuhkan ruang kebun bandar di atas bumbung tempat meletak kereta HDB, di mana lapan kebun bandar itu dijangka akan siap beroperasi pada pertengahan tahun ini. 



Februari lalu, tujuh lagi kawasan untuk menubuhkan kebun bandar di atas bumbung tempat meletak kereta dibuka untuk tender. 



Tujuh kawasan kebun bandar itu terletak di kawasan perumahan Bukit Panjang, Woodlands dan Sembawang. Mereka membentuk sebahagian daripada Program Bandar Hijau HDB untuk meningkatkan kehijauan di estet-estet HDB. 



Kebun bandar di atas bumbung itu dikhaskan untuk tanaman sayur-sayuran. 



Pemohon yang berjaya boleh menyewa ruang kebun bandar itu selama tempoh tiga tahun dengan pilihan untuk memperbaharui sewa mereka untuk dua lagi tempoh tiga tahun. 

(Geran 30x30 diberikan bagi menggalak pengeluaran sayur-sayuran, telur dan ikan. - Foto: MSE )



Inisiatif Gardening With Edibles 



NParks juga memperkenalkan inisiatif Gardening With Edibles pada 18 Jun lalu bagi menggalakkan kegiatan bercucuk tanam di rumah dan mengukuhkan daya bingkas bekalan makanan di Singapura.



Di bawah program ini, NParks mengagihkan paket benih sayuran secara percuma kepada anggota masyarakat yang berminat. 



Menggariskan Pelan Hijau Singapura 2030 pada Mac lalu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata: “Dengan perubahan iklim yang menyebabkan kejadian cuaca ekstrim yang meluas, dan permintaan global untuk makanan, pasaran makanan global akan lebih mudah berubah dan tidak menentu. Ini satu risiko kritikal untuk Singapura kerana kami import lebih daripada 90 peratus bekalan makanan kita.” 



Beliau berkata bahawa pemerintah akan membantu meningkatkan penghasilan makanan tempatan dengan memperhatikan peningkatan kecekapan tenaga, air dan tanah.



 “Untuk menyokong sektor agri-makanan, kami akan menyediakan ruang dan prasarana, mempercepatkan sokongan dana untuk membina keupayaan kajian dan pembangunan serta menawarkan insentif bagi ladang konvensional menggunakan teknologi dan berubah menjadi ladang yang sangat produktif, tahan iklim dan cekap sumber,” kata Cik Fu. 



Pelakon Nadiah Mohammad selaku Sabrina dalam filem pendek Trace Mak Together berpendapat bahawa usaha menghasilkan bahan makanan hasil tempatan adalah inisiatif yang hebat.



 “Filem pendek Trace Mak Together pasti akan memberi kesan dan kesedaran yang lebih besar. Makanan yang ditanam secara tempatan seperti sayur-sayuran pastinya merupakan kaedah yang tepat sekiranya berlaku wabak lain,’’ katanya.



Pada masa akan datang, kita tidak perlu bimbang barang-barang makanan sudah habis kerana kita tidak perlu terlalu banyak bergantung kepada import dari luar negara.



“Memiliki makanan yang ditanam secara tempatan juga membina rasa kekitaan!” kata Nadiah.




Resipi sayur lodeh 



Bahan-bahan kisar:

Segenggam udang kering

Sebiji bawang besar

 5 biji bawang merah

1 inci kunyit

1 inci lengkuas

 
Bahan kuah

1 paket santan

5 cawan air

Gula garam secukup rasa

Kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun

Tempe dan tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu 

Serai 2 batang diketuk

 
Cara-cara

Panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan  dua batang serai. 

Biarkan sehingga mendidih dan sebati. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan semua sayuran dan suhun. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >