Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beli-belah sambil sokong golongan kurang upaya

Nov 21, 2019 | 07:57 PM



INGIN membeli-belah bagi orang tercinta pada masa yang sama menyokong golongan kurang upaya?

Kini anda boleh melakukannya di i’mable Gift Market yang bakal berlangsung pada 23 November 2019 di Enabling Village, 20 Lengkok Bahru.

Diadakan sehari sahaja dari 10 pagi hingga 6 petang, acara tersebut bertujuan meraikan dan menyokong mereka yang kurang upaya dengan menjual hasil kerja mereka.

Ini termasuk hasil seni dan kraf yang boleh dijadikan hadiah artisanal kepada keluarga dan sahabat-handai.

Lebih 30 organisasi, kebanyakannya Agensi Khidmat Sosial dan perusahaan sosial akan terlibat sama dalam acara tersebut, yang diadakan buat kali pertama di sini.

Antara barangan yang dijual termasuk barang kemas yang dibuat dari tanah liat yang dihasilkan Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPAS), buku tulis dari Persatuan bagi Orang Kurang Upaya (SPD) dan sampul wang dari Ashraf’s Cafe, yang menyokong golongan autisme.

Selain itu, Ashraf’s Cafe, yang ditubuhkan Cik Faraliza Zainal, juga akan menyediakan makanan ringan semasa acara tersebut.

Bagi mereka yang akan memulakan sekolah, terdapat juga pelbagai pilihan buku nota dan  kotak pensel yang boleh dibeli.

Hadirin juga boleh mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel menarik yang diadakan semasa acara i’mable Gift Market itu.

Antaranya bengkel menghias pinggan mangkuk atau kantung, menghasilkan barangan dari tanah liat serta melukis gambar sendiri.

Untuk melihat senarai penuh dan mendaftar bagi bengkel yang ada, sila lungsuri giftmarket.imable.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >