Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beli flat HDB: Lebih banyak fleksibiliti guna CPF

Peraturan dilonggarkan benarkan pencarum simpan sehingga $20,000 dalam Akaun Biasa bila dapat pinjaman rumah HDB
Aug 29, 2018 | 05:30 AM



PEMBELI flat akan mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam menggunakan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang ia melancarkan 5,101 flat bagi penjualan semalam.



Pembeli kini boleh menyimpan sehingga $20,000 dalam Akaun Biasa (OA) CPF mereka apabila mendapatkan pinjaman HDB.



Sebelum ini, mereka perlu menggunakan semua simpanan dalam OA mereka dahulu.



"Dana itu boleh digunakan bagi bayaran ansuran gadai janji bulanan mereka pada masa yang memerlukan dan akan meningkatkan kecukupan untuk persaraan jika tidak digunakan," kata HDB dalam kenyataannya.



Pembeli boleh menggunakan semua wang dalam OA mereka jika mereka mahu.



Kadar faedah bagi pinjaman HDB ialah 2.6 peratus, atau 0.1 peratus melebihi kadar CPF OA semasa, yang pada masa ini ialah 2.5 peratus.



Sebaliknya, kebanyakan pinjaman bank buat masa ini menawarkan kadar faedah lebih rendah.



Namun, kadar itu tertakluk pada naik turun pasaran.



Peraturan CPF baru itu dikenakan bagi pelancaran penjualan flat terkini.



Pegawai Eksekutif Utama ERA Realty, Encik Eugene Lim, berkata dengan adanya langkah baru itu, pinjaman HDB mungkin menjadi lebih popular dalam kalangan pembeli "kerana mereka mungkin boleh mengambil pinjaman lebih besar disebabkan had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) lebih tinggi dan juga kadar faedah yang mantap".



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata langkah membolehkan pembeli mengekalkan sehingga $20,000 dalam OA itu akan memberi fleksibiliti kepada mereka yang telah diberhentikan kerja atau mereka yang sedang menunggu pekerjaan baru.



"Dengan cara ini, lebihan dalam akaun membolehkan mereka mengekalkan bayaran ansuran akan datang dalam beberapa bulan seterusnya.



"Mereka yang memilih mengekalkan $20,000 (dalam OA) juga boleh meraih manfaat daripada faedah CPF dari masa ke masa," kata beliau.



Mengutarakan pandangan yang serupa, Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, berkata tambahan $20,000 itu akan membantu bertindak sebagai penampan bagi bayaran semula pinjaman jika seseorang itu diberhentikan kerja atau menganggur bagi tempoh masa yang pendek.



"Oleh itu, ia berguna dalam masa kecemasan," kata beliau, yang juga anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pembangunan Negara.



Encik Saktiandi juga berkata langkah baru itu adalah baik kerana ia memastikan tidak ada dasar umum yang menjejas semua dan ia mempertimbangkan individu lain yang berdepan dengan keadaan berbeza.



"Selagi kadar CPF lebih tinggi berbanding kadar gadai janji HDB, ia masuk akal dan akan memberi manfaat kepada pembeli.



"Ia juga mengurangkan kemungkinan pemilik menghadapi situasi di mana semua dana persaraan diletak dalam hartanah HDB," kata beliau.



Semalam, HDB melancarkan 5,101 flat bagi penjualan yang merangkumi 4,375 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Yishun dan kawasan persisiran baru di Punggol serta 726 unit Tawaran Semula Baki Flat (ROF).



Menulis di Facebook, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata sejak ROF dilancarkan pada Ogos tahun lalu, responsnya positif dan hampir 90 peratus unit telah diambil.



"Saya berharap pilihan meluas ini akan membantu anda mencari rumah yang memenuhi bajet dan keperluan anda.



"Jadi, pertimbangkan pilihan dengan teliti dan semoga berjaya dalam mencari rumah idaman anda!" kata beliau.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >