Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Beli rumah: Pinjaman HDB atau bank?

Feb 28, 2021 | 05:30 AM



APABILA anda sudah bermohon membeli sebuah flat, soalan yang ditanya tentunya ialah sama ada anda ingin mengambil pinjaman HDB atau pinjaman bank.



Dalam sekitaran kadar faedah yang rendah ketika ini, bank mengenakan kadar faedah perumahan sekitar 1.2 peratus.



Pinjaman konsesi HDB pula mengenakan kadar 0.1 peratus lebih tinggi daripada kadar faedah yang dibayar menggunakan Akaun Biasa (OA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sebanyak 2.5 peratus. Jadi, keseluruhan kadar faedah dikenakan ialah 2.6 peratus.



Jika kadar pinjaman perumahan bank adalah lebih rendah, manakah yang menjadi pilihan?



WANG PENDAHULUAN LEBIH DIMAMPUI



Apabila membeli rumah di Singapura, pembeli harus mengambil-kira had Pinjaman kepada Nilai (LTV).



Apakah LTV? Secara ringkas, LTV merupakan pinjaman rumah maksimum yang boleh diperolehi apabila membeli flat. Bakinya, boleh dibayar menggunakan wang tunai atau Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Apabila pembeli mengambil pinjaman HDB, had LTV ialah 90 peratus. Ia bermakna pembeli hanya perlu keluarkan minimum 10 peratus menggunakan CPF atau/dan wang tunai.



Sebaliknya, had LTV bagi pinjaman bank ialah 75 peratus. Ini bermakna 25 peratus daripada harga rumah harus menggunakan wang tunai dan/atau CPF.



Misalnya, harga flat 4-bilik Bina-Ikut-Tempahan (BTO) 4 bilik di Tengah berharga $366,000.



Apabila mendapatkan pinjaman HDB, pembeli perlu membayar $36,600 atau 10 peratus daripada harga rumah, menggunakan tunai dan/atau pinjaman HDB.



Pembeli boleh memilih menggunakan kesemua simpanan daripada Akaun Biasa (OA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) jika ia mencukupi.



Ini berbanding $91,500 atau 25 peratus daripada harga rumah, jika pembeli mengambil pinjaman bank. Jumlah ini mungkin tidak dimampui pasangan yang baru bekerja dan ingin mendirikan rumahtangga.



Jika pembeli menggunakan pinjaman bank, 5 peratus dari jumlah $91,500 harus menggunakan wang tunai atau $4,475. Bakinya baru boleh menggunakan OA CPF atau geran perumahan.



TIDAK ADA JAMINAN KADAR FAEDAH AKAN KEKAL RENDAH



Walaupun kadar faedah pinjaman bank adalah rendah sekitar 1.3 -1 .4 peratus ketika ini, ia tidak bermakna ia akan terus rendah. Ia boleh meningkat di masa hadapan.



"Walaupun kadar faedah bank adalah rendah, ia boleh meningkat dengan cepat apabila ekonomu pulih,'' kata ketua eksekutif firma penasihat kewangan Singcapital, Encik Alfred Chia, ketika dihubungi baru-baru ini.



Misalnya, mereka yang mengambil pinjaman bank pada 2004 mungkin tertarik dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 1.6 peratus ditawarkan bank, berbanding 2.6 peratus bagi pinjaman HDB.



Tetapi, kadar faedah pinjaman bank itu meningkat kepada 2.35 peratus pada 2005 dan 4.1 peratus pada 2006 dan 4.29 peratus pada 2007!



Peminjam juga harus mengambil kira tempoh pinjaman lama sehingga 25 tahun bagi pinjaman bank.



MENGAMBIL PAKEJ PEMBIAYAAN BARU



Jadi, bagi pemilik yang mendapatkan pinjaman bank yang mengenakan kadar faedah yang tinggi, mereka boleh menimbangkan untuk menukar kepada pinjaman bank yang menawarkan kadar lebih rendah.



Pemilik perlu mencari kadar pinjaman yang menawarkan kadar paling rendah atau yang terbaik dari segi nilai.



LEBIH TEGAS DALAM SOAL PEMBAYARAN TEPAT PADA WAKTU



Encik Chia menyatakan bank mengikut kontrak dengan tegas dan jika peminjam gagal melunaskan bayaran bulanan, berbanding HDB yang lebih longgar.



TIDAK ADA DENDA BAGI PEMBAYARAN AWAL BAGI PINJAMAN HDB



HDB tidak akan mengenakan denda jika peminjam membayar pinjaman HDB sepenuhnya.



Jika terdapat wang tunai untuk membayar baki pinjaman, ia boleh dilakukan bagi mengurangkan faedah yang dibayar.



Ini berbeza dengan bank yang mengenakan denda jika peminjam membayar lebih awal.



Encik Chia menyatakan denda pembayaran awal ialah sekitar 1.5 peratus bagi tiga tahun pertama bagi pinjaman bank.



PINJAMAN BANK TIDAK MEMPUNYAI TEMPOH TERIKAT



Peminjam boleh menukar pinjaman HDB kepada bank bila-bila masa. Misalnya, mereka boleh mengambil pinjaman bank jika kadar faedah dikenakan adalah lebih rendah.



"Tetapi, mengambil pinjamam bank akan menjadi satu-satunya pilihan jika peminjam tidak layak mendapat pinjaman HDB.



"Pinjaman HDB pula secara umum membolehkan warga Singapura memiliki rumah pertama mereka lebih pantas berbanding pinjaman bank,'' kata Encik Chia.




PANDUAN PEMBELI KALI PERTAMA 



Mereka yang membuat pinjaman perumahan perlu memikirkan kadar yang perlu dibayar dalam tempoh panjang bukan hanya melihat kadar semasa sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >