Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Beli ubat AstraZeneca: Singapura meterai perjanjian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Beli ubat AstraZeneca: Singapura meterai perjanjian

Dec 11, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA telah menandatangani perjanjian pembelian ubat AstraZeneca sebagai ubat antibodi untuk rawatan Covid-19.

Bekalan ubat AstraZeneca itu dijangkakan tiba di Singapura pada akhir tahun ini.

Dikenali sebagai Evusheld, koktel ubat yang merangkumi dua antibodi itu akan mengambil masa lebih lama untuk dimetabolismekan dalam badan. Ia boleh memberikan perlindungan sehingga setahun, berbanding dengan antibodi monoklonal.

Antibodi monoklonal adalah ubat yang dihasilkan di makmal dan meniru peranan antibodi dalam melawan koronavirus.

AstraZeneca menyatakan bahawa tiga fasa hasil ujian koktel ubat AstraZeneca menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko pesakit Covid-19 menjadi teruk atau meninggal dunia sehingga 88 peratus apabila diberi dalam tempoh tiga hari sebelum timbul tanda penyakit.

Penemuan awal dalam makmal juga telah menunjukkan keberkesanan ubat terhadap varian termasuk varian Delta.

Syarikat itu berkata bahawa data pra-klinikal yang tersedia pada masa ini juga mencadangkan keberkesanan ubat itu tidak seharusnya terpengaruh dengan ketara oleh varian Omicron baru.

Kedua-dua antibodi dalam ubat itu berasal daripada sel B penghasil antibodi yang didermakan oleh pesakit Covid-19 yang sembuh,

Encik Vinod Narayanan, presiden negara bagi AstraZeneca Singapura, berkata:

"Evusheld memberikan pakar penjagaan kesihatan dan pesakit di Singapura dengan pilihan baru untuk melawan virus. Selain itu, bersama vaksin, Evusheld akan memberikan satu lagi pilihan pencegahan untuk populasi berisiko tinggi, termasuk untuk orang yang lemah imun dan tidak dapat membangunkan tahap tindak balas perlindungan yang diperlukan selepas vaksinasi Covid-19."

AstraZeneca minggu ini telah menerima Kebenaran Penggunaan Kecemasan bagi Evusheld daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat untuk pencegahan Covid-19 dan telah memfailkan kelulusan kawal selia di negara lain.

FDA telah mengatakan bahawa ubat itu dibenarkan untuk digunakan dalam mencegah Covid-19 pada orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan mungkin tidak dilindungi secukupnya oleh vaksin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3