Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beli undi: Bekas pegawai catur S’pura dan Kasparov digantung dua tahun

Oct 28, 2015 | 09:15 AM



SEORANG bekas pegawai catur Singapura dan bekas juara dunia Garry Kasparov dari Russia digantung daripada Persekutuan Catur Dunia (Fide) selama dua tahun, berikutan tengkarah membeli undi.


Ini bermakna Encik Ignatius Leong, bekas setiausaha agung Fide, dan Encik Kasparov dilarang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam Fide, serta sebarang pertubuhan dan persekutuan kerabat badan induk sukan itu, hingga 20 Oktober 2017.


Mereka didapati bersalah melanggar kod etika Fide pada 5 September.


Isu pembelian undi timbul tahun lalu apabila Encik Kasparov mencabar presiden penyandang Fide, Encik Kirsan Ilyumzhinov, seorang ahli politik dan hartawan Russia, bagi jawatan presiden.


Encik Ilyumzhinov menuduh Encik Kasparov menandatangani kontrak dengan Encik Leong pada 5 September 2013, yang menyaksikan Singapura ditugas mendapatkan sekurang-kurangnya 10+1 undi dari rantau Asean untuk Encik Kasparov, dan sebagai ganjaran, Encik Leong akan diberi AS$500,000 ($696,000).


Perjanjian itu juga menyatakan jika Encik Kasparov memenangi pemilihan tersebut, sebuah pejabat baru Fide akan ditubuh di Singapura dengan diketuai Encik Leong, yang ketika itu presiden Persekutuan Catur Singapura.


Encik Ilyumzhinov, 53 tahun, yang memimpin Fide sejak 1995, membuat aduan kepada suruhanjaya etika badan tersebut pada Mei tahun lepas.


Tiga bulan kemudian, beliau menewaskan Encik Kasparov, 52 tahun, pada pemilihan Fide.


Encik Leong atau Encik Kasparov tidak mempertikai bukti yang dikemuka kepada jawatankuasa etika Fide.


Menurut akhbar The Straits Times, Encik Leong, 59 tahun, telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara bagi Sukan di Switzerland dalam percubaan mendapatkan penggantungan itu ditarik balik.


Pertikaian antara Encik Kasparov dan Encik Ilyumzhinov, yang juga pemain catur berbakat, dipercayai berbau politik. Encik Kasparov pengkritik lantang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan berusaha menggambarkan lawannya sebagai boneka Kremlin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >