Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia 12 hingga 17 tahun harus ambil suntikan penggalak mulai 14 Mac agar kekal lengkap divaksin

Jan 21, 2022 | 06:58 PM



BELIA berusia 12 hingga 17 tahun perlu mengambil suntikan penggalak Covid-19 untuk kekalkan status lengkap divaksin mereka mulai 14 Mac ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (21 Januari).



Pengumuman ini dibuat sedang Program Vaksinasi Penggalak yang awalnya diusulkan buat individu berusia 18 tahun ke atas diperluas buat golongan dalam kelompok usia lebih muda.



MOH berkata, ia akan secara beransur-ansur mengundang mereka dalam kumpulan ini untuk menerima suntikan vaksin seawal permulaan Februari, bermula dengan golongan yang berusia antara 16 hingga 17 tahun sebelum beralih kepada mereka yang berusia 12 hingga 15 tahun.



"Jika anda berada dalam kumpulan usia ini dan menerima undangan SMS untuk menerima suntikan penggalak anda, terus mendapatkan suntikan anda segera," gesa Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di sidang media pada Jumaat yang dikendalikan pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19, yang dipengerusikan bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Encik Ong berkata negara seperti Amerika Syarikat, Chile, Qatar dan Israel sudah mula memberi suntikan penggalak buat belia antara 12 hingga 17 tahun.



"Jawatankuasa Pakar Tentang Vaksinasi Covid-19 (EC19V) telah menyemak data ini dan berpuas hati bahawa suntikan penggalak selamat dan berkesan buat kumpulan usia ini," tambahnya.



Memandangkan mereka yang berusia antara 12 hingga 17 tahun itu layak bagi program suntikan penggalak, mereka tertakluk pada ketetapan yang sama dengan golongan yang berusia 18 tahun ke atas.



Ini bererti mereka akan dianggap lengkap divaksin bagi 270 hari selepas tamat siri vaksinasi asas terdiri daripada dua suntikan vaksin mRNA atau tiga suntikan vaksin Sinovac/Sinopharm dan perlu mengambil suntikan penggalak untuk kekal lengkap divaksin, katanya.



Ini berkuatkuasa mulai 14 Mac, dan memberi lebih masa bagi mereka yang berusia antara 12 hingga 17 tahun untuk menerima suntikan penggalak mereka.



Pengarah Khidmat Perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, yang berada di sidang media itu berkata, perlindungan vaksin dalam belia berusia antara 12 hingga 17 tahun, berkurangan meskipun perlindungan terhadap jangkitan teruk "kekal teguh".



Pengurangan keberkesanan vaksin ini didapati berlaku dalam diri belia dari sekitar enam bulan selepas vaksin terakhir diterima, menerusi "kadar beransur-ansur" berbanding orang dewasa, jelasnya.



"Pengalaman di Israel, Amerika dan United Kingdom telah menunjukkan bahawa belia juga lebih terdedah pada jangkitan yang menerobos menyusuli vaksinasi dalam orang dewasa tetapi suntikan penggalak juga menunjukkan perlindungan bertambah dalam menentang varian Omicron," kata Profesor Mak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >