Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Belia 17 tahun maut ditimpa tiang bola keranjang di Bedok

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belia 17 tahun maut ditimpa tiang bola keranjang di Bedok

Jul 27, 2021 | 11:40 AM

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia setelah tiang bola keranjang di Bedok jatuh menghempapnya pada malam Isnin (26 Julai).

Polis berkata, pihaknya menerima panggilan pada sekitar 8.45 malam dan terjumpa remaja yang cedera itu di sebelah tiang tersebut berdekatan Blok 18 Bedok South Road.

"Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan kemudian meninggal dunia daripada kecederaannya itu," kata polis.

Mereka sedang menyiasat kes tersebut yang disifatkan sebagai kematian luar biasa.

Semalam, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga telah dipanggil ke tempat kejadian dan membawa belia itu ke Hospital Besar Changi (CGH).

Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) dilakukan ketika belia itu dibawa ke CGH, kata SCDF. - The Straits Times

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3