Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia 20 tahun mengaku bersalah miliki senapang dan pistol replika

Jul 01, 2022 | 06:17 PM



SEORANG belia membeli-belah dalam talian platform Taobao untuk mendapatkan pistol replika baginya menyimpan untuk diri sendiri atau menjualnya semula dalam talian.



Siasatan polis kemudian menunjukkan Tan Yan Rong yang memiliki 19 pistol replika telah menjual sekurang-kurangnya 16 pistol serupa.



 



Belia berusia 20 tahun ini dikenakan dakwaan pada Jumaat (1 Julai) selepas dia mengaku bersalah di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan.



Satu lagi tuduhan di bawah akta serupa akan dipertimbangkan sewaktu hukuman dijatuhkan pada 10 Ogos.



Mahkamah meminta satu laporan penilaian dibuat ke atas pelajar institusi pengajian tinggi itu bagi mengetahui kesesuaiannya bagi  probesyen dan juga latihan reformatif.



Pesalah yang diberi latihan reformatif akan ditahan di sebuah pusat tahanan dan diminta mematuhi rejim tegas yang termasuk latihan berbaris serta kaunseling.



 



Timbalan Pendakwa Raya Suhas Malhotra memberitahu mahkamah pada 7 September 2020, sekitar 3.30 petang, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), melaporkan kepada polis bahawa ia mengesan empat set pistol 'airsoft' sewaktu menjalankan opeasi di bangunan perindustrian Lam Soon di Hillview Avenue.



Dalam siasatan, nota konsainan mengandungi alamat Tan ditemui bersama tiga senapang mainan plastik dan pistol mainan plastik, dalam sebuah kontena.



Pada hari yang sama di mana ICA melaporkan perkara itu,  Tan ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan.



Sekitar 10 pagi hari itu juga, 19 senapang dan pistol replika itu ditemui di rumah Tan dan dirampas.



Antaranya adalah senapang MP5 replika dan senapang mesin ringan replika, kededuanya yang menggunakan bateri dan berkuasa spring serta berupaya menembak pelet berserap air 8mm.



Kesemua 19 senapang ini dinilai oleh ST Engineering Synthesis dan berupaya menembak pelet dan dianggap senjata sebagaimana dalam Akta Senjata dan Bahan Letupan, kata Encik Suhas, sambil menambah Tan tidak diberikan kebenaran memilikinya.



DPP menambah: "Yang tertuduh membeli  senapang replika mainan sama ada untuk menyimpannya atau menjualnya semula kepada pembeli setempat menerusi platform jualan dalam talian Carousell.



"Jika menjualnya semula dalam talian, si tertuduh akan mengirim barangan yang dibeli kepada pembeli secara peribadi dan menerima wang tunai setelah barangan diterima atau bayaran dibuat menerusi PayNow."



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >