Belia akui acu kamera telefon ke atas wanita sedang mandi
Dec 25, 2019 | 05:30 AM
SEORANG belia lelaki berusia 19 tahun yang menghadiri kem semasa di sekolah menengah telah mengusik rakan wanitanya dengan mengacukan kamera telefon bimbitnya ke arah beliau semasa mandi.
Pesalah itu, kini berusia 20 tahun, mengaku bersalah menghina kehormatan wanita semalam.