Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia berbasikal malam pererat, jalin ukhuwah

70 remaja kelompok masjid kawasan utara, keluarga mereka sertai Night Light Bike Ride
Sep 23, 2022 | 05:30 AM



MENJALANKAN kegiatan sihat sambil mempererat dan menjalin ukhuwah.



Itulah yang dilakukan lebih 70 belia daripada kelompok masjid kawasan utara dan keluarga mereka melalui acara berbasikal Night Light Bike Ride.



Acara itu dianjurkan oleh Belia Masjid Assyafaah (AMY). Ia bermula pada 9.30 malam pada 8 September dan berakhir pada 4.30 pagi 9 September.



Peserta berbasikal beramai-ramai sejauh 27 kilometer dari Masjid Assyafaah di Sembawang ke Masjid An-Nahdhah di Bishan, dengan hentian rehat di Masjid Al-Istiqamah di Serangoon North dan beberapa tempat lagi.



Acara itu bertujuan menggalak belia mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif serta memperkukuh dan menjalin ukhuwah.



Semasa melancarkan acara itu, Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, melahirkan sokongan beliau bagi inisiatif tersebut.



"Acara yang sangat menarik, dan memanfaatkan minat belia berbasikal," kata beliau kepada para peserta.



Cik Mariam juga berkata: "Bukan senang kayuh 27 kilometer. Yang penting, peserta dapat berasa apa yang boleh dicapai apabila kita berganding bahu dan menolong satu sama lain untuk terus berusaha.



"Syabas buat belia Masjid Assyafaah dan teman-teman mereka dari masjid lain."



Ini kali kedua acara Night Light Bike Ride dianjurkan, selepas yang pertama pada Disember tahun lepas.



"Kami akan mengadakan acara ini setiap tahun.



"Ia adalah satu kolaborasi yang baik antara belia bagi mereka bersatu, selain memberi peluang untuk mereka mengatur setiap perincian acara " kata jurucakap AMY, Encik Muhd Huzaifar Izhar.



Selain berbasikal, penganjur menyediakan beberapa permainan dan aktiviti untuk peserta di beberapa perhentian di sepanjang perjalanan.



Perhentian di Rower's Bay Park, Oval Park di Seletar dan Sengkang Park, umpamanya, memastikan tidak ada peserta yang ketinggalan dan mereka bergerak secara berkumpulan.



Permainan yang berunsurkan pelajaran agama sambil berhibur di hentian itu juga membantu menyemarak semangat peserta sambil berehat dan mengumpul tenaga bagi perjalanan seterusnya.



Seorang peserta, Mohamad Adrean Irhaz, 15 tahun, berkata:



"Kami banyak berehat, dan mungkin lebih baik jika jarak kumpulan dipisahkan lebih jauh.



"Tidak semua basikal selesa, sesetengah peserta terpaksa mengayuh menggunakan gear tujuh sepanjang perjalanan dan ini sangat meletihkan.



"Walaupun begitu, ini adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan."



Seorang peserta dewasa, Encik Wan Imran Raja Razak, 35 tahun, berasa acara itu telah disusun dengan baik dan sangat bermakna.



"Ini kali pertama saya dapat melakukan solat subuh dengan anak saya di masjid.



"Ini adalah satu aktiviti yang mengakrabkan, sambil menyihatkan," kata beliau, yang menyertai acara itu bersama anaknya, Wan Akid Ilyasa, sembilan tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >