Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Belia boleh main peranan bina perpaduan sosial masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belia boleh main peranan bina perpaduan sosial masyarakat

Feb 22, 2021 | 05:30 AM

GOLONGAN belia boleh memainkan peranan besar dalam membina perpaduan sosial dalam masyarakat, dan oleh itu, adalah penting untuk melahirkan generasi pemimpin yang dapat memupuk persefahaman antara agama dan kaum yang seterusnya.

Itulah juga tujuan asal mengapa Program Duta Roses of Peace dan persatuan itu sendiri telah diasaskan, kata Encik Mohamed Irshad Abbas Ali, pengasas dan presiden Roses of Peace.

Inisiatif masyarakat dipacu belia itu telah ditubuhkan pada 2012 dengan tujuan merapatkan jurang dalam perbincangan antara agama dan memupuk persefahaman dan perpaduan antara kumpulan agama dan kaum yang berlainan.

Semalam, seramai 21 belia dilantik sebagai Duta Keamanan oleh Presiden Halimah Yacob sebagai sebahagian daripada Program Duta Roses of Peace 2021 dalam satu majlis di Hotel Amara.

Majlis itu juga membuka tirai siri dialog antara agama 'Faithfully Yours'.

Kumpulan duta yang dilantik itu akan memainkan peranan aktif dalam merapatkan jurang antara masyarakat agama yang berlainan dan memperjuangkan inisiatif membina keamanan dalam masyarakat.

"Selain menjalani sesi latihan, kami mahu mereka mengadakan inisiatif dan gerakan mereka sendiri... Kami mahu menjadi penggerak dan platform bagi mereka yang mahu memperdalami isu-isu ini untuk menggunakan platform ini dan berkembang.

"Apa yang kami mahu duta ini lakukan juga adalah untuk menjadi mentor kepada generasi duta yang seterusnya. Ini amat penting dan saya berharap ini akan berterusan," kata beliau.

Majlis pelantikan itu turut dihadiri Charge d'Affaires di Kedutaan Amerika di Singapura, Encik Rafik Mansour.

Antara mereka yang dilantik menjadi duta keamanan ialah Encik Muhd Razeef Mohd Yatim Marican, 28 tahun.

"Sebagai duta keamanan, saya ingin lebih memahami isu-isu rumit berkaitan perpaduan kaum dan agama, dan bagaimana kami sebagai belia dapat memberikan respons dan reaksi terhadap isu sedemikian dalam cara yang positif.

"Dengan pendigitalan hari ini, kami juga boleh menggunakan kaedah yang berbeza untuk mendidik dan menyatukan masyarakat dengan lebih rapat," kata beliau.

Dalam pada itu, Puan Halimah dalam ucapannya berkata pertubuhan masyarakat boleh memainkan peranan penting dalam memupuk persefahaman dan keharmonian, dan membantu membina jambatan dalam masyarakat.

Beliau memberi contoh Roses of Peace yang sejauh ini telah mendekati lebih 3,000 relawan belia pelbagai agama dan mengagihkan lebih 50,000 bunga mawar yang membawa mesej keamanan oleh tokoh agama terkenal.

Puan Halimah berkata Roses of Peace telah berjaya mewujudkan platform yang selamat bagi belia mengadakan perbincangan terbuka mengenai isu kaum dan agama menerusi pelbagai bengkel, forum dan persidangan.

Tambah beliau, golongan belia, termasuk Duta Keamanan yang dilantik, memainkan peranan penting dalam membina perpaduan sosial negara.

"Saya berharap anda menggenggam peluang ini untuk mendekati rakan belia anda, membina jambatan antara masyarakat agama berlainan dan menjadi penyokong aktif bagi keamanan dalam ruang fizikal dan dalam talian kita," kata beliau.

"Seperti saya kongsi bersama kumpulan duta yang terdahulu - mula secara kecil, bercita-cita besar dan lakukan apa yang anda janjikan," tambah beliau.

Majlis pelantikan duta itu diikuti dengan sesi dialog antara agama 'Faithfully Yours' yang disertai tiga pemimpin agama - Ketua Rabbi Singapura, Rabbi Mordechai Abergel; Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas; dan Biskop Gereja Lutheran di Singapura dan Naib Presiden Majlis Gereja Nasional Singapura, Biskop Terry Kee.


"Saya berharap anda menggenggam peluang ini untuk mendekati rakan belia anda, membina jambatan antara masyarakat agama berlainan dan menjadi penyokong aktif bagi keamanan dalam ruang fizikal dan dalam talian kita.
Seperti saya kongsi bersama kumpulan duta yang terdahulu - mula secara kecil, bercita-cita besar dan lakukan apa yang anda janjikan."

- Presiden Halimah Yacob.

"Selain menjalani sesi latihan, kami mahu mereka mengadakan insiatif dan gerakan mereka sendiri... Kami mahu menjadi penggerak dan platform bagi mereka yang mahu memperdalami isu-isu ini untuk menggunakan platform ini dan berkembang."
- Pengasas dan Presiden Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3