Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia dari empat politeknik ganding bahu agih makanan

Apr 27, 2020 | 05:30 AM



WALAUPUN sibuk dengan kelas dan kerja sekolah pada bulan puasa, belia dari empat politeknik setempat bersedia berganding bahu demi membantu golongan mereka yang memerlukan.



Mereka bekerjasama dengan Badan Agama dan Pengajaran Radin Mas (Bapa), yang menjalankan projek pengagihan makanan, Tajaan Iftar, setiap tahun.



Antara yang terlibat dalam inisitatif itu adalah ketua tenaga manusia Cik Shafiyya Kamal, 19 tahun.



Cik Shafiyya dan satu kumpulan belia Islam bernama Rasheed Al-Amin antara empat kumpulan pelajar Islam pos-menengah yang menyertai projek ini.



Tiga lagi kumpulan itu adalah Nur Ikhwan, NYPMSN dan RPMS.



"Bapa menghubungi kami untuk bekerjasama dengan mereka dan kami mengambil keputusan untuk turut menjemput persatuan pelajar Islam dari politeknik lain untuk menyertai kami bersama," kata Cik Shafiyya.



Menurut Cik Shafiyya, mereka menjangka lebih daripada 100 sukarelawan yang akan membantu mengagihkan makanan kepada penerima zakat dalam inisiatif tahun ini.



Sebagai ketua tenaga manusia, Cik Shafiyya perlu mengurus relawan inisatif dan memastikan terdapat cukup relawan bagi setiap hari mereka menjalankan inisiatif itu, iaitu sepanjang bulan Ramadan.



Cik Shafiyya, yang kerap terlibat dalam acara yang dianjurkan oleh Rasheed Al-Amin itu, berkata:



"Ini satu peluang yang baik bagi saya untuk memperolehi pengalaman dalam pengurusan tenaga manusia bagi kegiatan seperti ini."



Dalam memperolehi pengalaman, beliau juga menghargai peluang untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna bagi dirinya.



"Sebab utama saya bersukarelawan adalah kerana Ramadan tahun ini bukan seperti Ramadan tahun-tahun lepas.



"Kami tidak dapat solat terawih beramai-ramai, qiyam di masjid, berbuka puasa bersama rakan, kunjungi bazar, atau sebarang kegiatan yang membolehkan kita mengeratkan hubungan dengan masyarakat secara langsung.



"Dengan inisiatif ini, kami sekurangnya masih dapat melakukan amal kebajikan dan membuat sesuatu yang baik," kata Cik Shafiyya.



Tahun ini, selain menahan lapar dan dahaga semasa mengagihkan makanan, mereka juga perlu memastikan langkah jarak selamat dipatuhi sambil mereka menjalankan inisiatif tersebut.



"Pandemik dan sekatan akibat pemutus rantaian jangkitan ini adalah antara cabaran yang kami menghadapi.



"Walaupun menjadi relawan itu penting, apa yang juga penting dipertimbangkan adalah kesihatan teman kami," ujar Cik Shafiyya.



Oleh itu, mereka mengambil langkah seperti memakai pelitup dan sarung tangan, serta memeriksa suhu badan setiap kali sebelum mereka melakukan pengagihan makanan.



Sukarelawan yang berjalan juga dihadkan kepada 10 orang di setiap kawasan dalam sehari.



Cik Shafiyya bertambah:



"Saya mahukan inisiatif ini untuk menjadi contoh bahawa jika semua orang bekerjasama, kita boleh mencapai matlamat kita.



"Sama seperti jika kita semua memainkan peranan individu dan membantu satu sama lain, kita boleh mengatasi situasi Covid-19 ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >