Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia diberkas kerana hasut keganasan dan siar komen kebencian agama di media sosial

Jun 09, 2020 | 09:53 AM



SEORANG belia yang disyaki menghasut keganasan dan menulis komen yang berniat melukai perasaan keagamaan di media sosial ditangkap semalam.


Dalam satu kenyataan pada hari yang sama, polis berkata mereka menahan lelaki Cina penduduk tetap (PR) Singapura berusia 19 tahun itu setelah menerima banyak laporan kelmarin dan semalam  mengenai seorang pengguna Instagram yang telah menyiarkan komen tidak sensitif dan ancaman yang boleh menimbulkan keganasan terhadap segolongan orang.


Pos itu juga mengandungi komen kebencian yang boleh melukai perasaan keagamaan, kata polis.


Pegawai dari Divisyen Polis Jurong menentukan identiti belia itu melalui siasatan dan menangkapnya, merampas komputer riba, komputer dan telefon bimbit.


Lelaki itu dikenali oleh pengguna Twitter sebagai pelajar dari Politeknik Temasek (TP).


Sesiapa yang didapati bersalah membuat dokumen yang berisi hasutan keganasan boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda, atau kedua-duanya.


Mereka yang didapati bersalah menyiarkan komen dengan tujuan sengaja untuk melukai perasaan perkauman atau keagamaan sesiapa boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >