Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia digesa berfikir sebelum respons di ruang bersama di zaman digital

Sep 30, 2018 | 05:30 AM



BERHENTI sejenak dan berfikir sebelum memberi tindak balas terhadap sesuatu yang disaksikan dalam ruang yang dikongsi bersama.



Demikian antara panduan yang dikongsi penceramah di Kuliah Kenangan Abdul Aleem Siddique 2018, Encik K Kathirasan, ketika bersyarah mengenai peranan belia berbilang agama dalam mengukuhkan ruang bersama dalam zaman digital.



Kuliah pagi semalam itu diadakan di auditorium Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan dihadiri 280 peserta yang kebanyakannya belia dari madrasah dan pelbagai pertubuhan agama.



Menurut Encik Kathirasan, bagi para belia hari ini, ruang bersama boleh berlaku di alam nyata seperti di taman permainan atau alam maya seperti di laman media sosial.



Walaupun kedua-dua jenis ruang bersama itu menyediakan keseronokan bagi individu daripada pelbagai latar belakang, cabaran juga menanti.



Dalam ceramahnya, pengarah Hab Hindu itu mengongsi beberapa panduan tentang cara mengukuhkan keupayaan menangani cabaran yang dihadapi dalam ruang bersama dan ruang digital.



Salah satu cara yang disarankannya adalah menangani cabaran tersebut dengan kebijaksanaan.



"Kebijaksanaan menjadikan kita rendah hati iaitu kita sedar yang kita tidak tahu kesemuanya. Kita mungkin pakar dalam bidang tertentu tapi ada perkara yang kita tidak tahu. Apabila kita mengakuinya, kita menjadi rendah hati.



"Kebijaksanaan juga menimbulkan rasa belas kasihan. Apakah kita bersikap belas kasihan dalam cara kita berhubungan dengan orang lain dalam ruang bersama dan ruang digital?



"Kebijaksanaan juga membawa kepada perpaduan," kata Encik Kathirasan.



Beliau turut mengingatkan belia agar memberi perhatian, agar dapat mengenal pasti kepalsuan dari kebenaran.



"Kita juga sering mencari kesilapan. Kalau seorang Hindu membuat kesalahan, kita tanya apa kena dengan semua penganut Hindu. Kita sering melihat pada benda yang tidak ada, tetapi bolehkah kita juga lihat pada apa yang kita ada dan meraikannya? Mengapa tidak kita lakukan lebih banyak perkara yang berkesan dalam masyarakat kita dan yang menyatukan kita?" katanya.



Dalam ruang bersama, Encik Kathirasan berkata orang ramai lazimnya memberi tindak balas apabila melihat sesuatu.



Menekan butang 'like' atau 'suka' pada kiriman berita palsu adalah satu tindak balas, katanya.



Namun sebelum memberi tindak balas, beliau sarankan agar individu berhenti sejenak.



"Apabila kita berhenti sejenak, ia memberi kita masa untuk bertindak balas. Ia berkaitan penerimaan iaitu keupayaan minda untuk menerima sesuatu keadaan itu sebelum memberi tindak balas," kata Encik Kathirasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >