Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia dihukum lakukan seks oral dengan budak 12 tahun di rumah tumpangan kanak-kanak

ERVINA MOHD JAMIL
Jul 02, 2014 | 05:59 PM



SEORANG lelaki berusia 20 tahun dijatuhi hukuman menjalani latihan pemulihan pagi tadi kerana membuat seorang budak lelaki berusia 12 tahun melakukan seks oral ke atasnya.


Kededua tertuduh dan mangsa merupakan penghuni sebuah rumah tumpangan kanak-kanak di sini, dan kesalahan itu berlaku di rumah tumpangan itu Jun tahun lalu.


Tertuduh, yang mengaku bersalah bulan lalu, telah mengadakan seks oral dengan mangsa di luar sebuah kubikel tandas.


Superintenden rumah tumpangan tersebut membuat laporan polis pada 19 Julai tahun lalu selepas mangsa mengadu kepadanya tentang kejadian itu.


Timbalan Pendakwa Raya, Cik Siti Adrianni Marhain, berkata tertuduh telah mengambil kesempatan ke atas mangsa yang muda, yang tujuh tahun lebih muda daripadanya.


Mangsa juga belum cukup matang untuk melakukan kegiatan seks, apatah lagi kejadian itu berlaku di sebuah rumah tumpangan kanak-kanak, di mana mangsa seharusnya berhak berasa selamat, kata Cik Adrianni.


Menurutnya, laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) menunjukkan mangsa telah melahirkan rasa bersalah dan malu akibat kejadian itu.


Dalam rayuannya untuk meminta hukuman diringankan, tertuduh berkata dia tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.


Dia ditinggalkan ibunya semasa kecil lagi sementara bapanya telah meninggal dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >