Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia dihukum penjara, rotan kerana rogol bekas kekasih, sepupu

Oct 04, 2019 | 02:59 PM



SEORANG pemuda yang merogol bekas temanitanya di flat keluarganya ketika berusia 17 tahun, dan kemudian merogol sepupu perempuannya kurang dari setahun kemudian, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun, sembilan bulan dan dua minggu, pada Khamis (3 Oktober). 



Pegawai perkhidmatan negara sepenuh Masa (NSF) yang akan berusia 21 tahun pada Ahad (6 Oktober) juga diperintahkan agar disebat enam kali. 



Peguamnya, Encik Wee Pan Lee, yang meminta agar tertuduh diberi hukuman pemulihan, mendedahkan bahawa tertuduh akan membuat rayuan terhadap hukumannya. 



Dengan pendedahan itu, ikat jamin ditingkatkan dua kali ganda kepada $20,000, sementara menunggu rayuan dibuat.



Hakim Daerah Eddy Tham berkata, hukuman pemulihan "jelas tidak mencukupi (beratnya)", berbanding trauma yang dihadapi kededua mangsa, tambahan, tertuduh tidak menunjukkan sebarang keinsafan setelah merogol mangsa yang pertama, malah merogol mangsa yang kedua yang lebih muda usianya.



Tertuduh, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah pada September atas dua tuduhan rogol dan satu tuduhan bergaduh dalam kumpulan di tempat awam.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >