Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia dikenakan latihan pemulihan serang mangsa dalam kejadian berasingan

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja belasan tahun yang pernah mewakili Singapura di Sukan Para Asia Belia, diperintah mahkamah supaya menjalani latihan pemulihan sekurang-kurangnya setahun selepas dia menyerang dua orang dalam dua insiden berasingan.



Salah seorang mangsa serangan itu mengalami keretakan pada tulang mukanya.



Belia lelaki itu, yang kini berusia 18 tahun, juga melakukan kesalahan lain, termasuk menggunakan dadah.



Dia akan ditahan di pusat latihan pemulihan dan mengikuti rejim peraturan ketat yang turut memuatkan kaunseling dan latihan kawad.



Dia tidak boleh dinamakan kerana berusia 17 tahun semasa melakukan kesalahan itu.



Orang yang berusia 18 tahun ke bawah dilindungi Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (CYPA).



Butiran mengenai keadaan dan acara sukan yang disertainya, serta edisi Sukan Para Asia Belia yang disertainya juga tidak boleh dilaporkan kerana ini boleh mendedahkan identitinya



Bulan lalu, belia itu mengaku bersalah atas dua tuduhan menyerang dan dua tuduhan berkaitan dadah.



Mahkamah diberitahu dia menyerang dua orang dalam insiden berasingan.



Insiden pertama berlaku pada 3 Mei tahun lalu, dengan dia menawarkan diri sebagai wakil seorang rakan untuk menghuraikan pertelingkahan dengan seorang belia berusia 18 tahun.



Kededua belia akhirnya bergaduh di sebuah gelanggang sukan di Boon Lay, yang berakhir selepas mangsa ditumbuk dan mengalami keretakan pada tulang mukanya.



Dalam insiden kedua pula, belia itu melanggar seorang pejalan kaki dengan skuter elektronik yang ditunggangnya.



Dia bersemuka dengan pejalan kaki tersebut dan menumbuknya beberapa kali di muka dan tubuh mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >