Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia diseru orak langkah cetus perubahan positif

Dec 06, 2021 | 05:30 AM



BELIA Singapura digalak memikirkan tentang sebuah negara Singapura yang mereka mahu bangunkan, dan mengorak langkah bagi mencetus perubahan positif dalam negara.



Menyeru demikian semalam, Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, berkata belia tidak perlu tunggu hingga mereka menjadi orang dewasa untuk menyumbang kepada masyarakat.



"Fahamilah bahawa setiap warga Singapura mempunyai peranan untuk dimainkan dalam mencipta masa depan yang dikongsi bersama. Perubahan positif akan berlaku jika semua orang mengambil langkah pertama.



"Jadi maralah, langkah ke hadapan, dan bangunkan Singapura yang anda mahukan. Jika kita mahu membangunkan sebuah Singapura yang lebih penyayang dan inklusif, ini mesti bermula daripada diri kita," kata Encik Tan.



Encik Tan membuat seruan itu di pembukaan Karnival Belia Divisyen Polis Bedok 2021, yang disiarkan secara langsung di laman Instagram Divisyen Polis Bedok dan laman Facebook Pusat Polis Kejiranan Bedok North.



Ini merupakan tahun ketiga Divisyen Polis Bedok menganjurkan karnival belia itu, kali ini diadakan dengan kerjasama Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) dan Khidmat Masyarakat Fei Yue.



Sejajar dengan tema tahun ini - 'Diperkasa' - acara itu bertujuan memberikan inspirasi kepada belia dan memperkasakan belia untuk yakin dan berdaya tahan - dua sifat penting yang harus ada di tengah-tengah cabaran dalam keadaan Covid-19 ini.



Polis juga berharap agar dapat menggalakkan dan mendidik belia agar terus berwaspada terhadap penipuan, kerana ada trend meningkat belia menjadi mangsa penipuan.



"Polis telah melihat trend meningkat belia menjadi mangsa penipuan. Saya mengingatkan semua belia agar bijak menilai. Jika anda melihat satu tawaran terlalu hebat, ia mungkin satu penipuan. Ia mungkin iklan bagi gajet terbaru atau pekerjaan menjanjikan pulangan tinggi bagi kerja minimum. Ketahui lebih lanjut sebelum membuat komitmen," kata Encik Tan.



Dia juga mengongsi bahawa jumlah pesalah belia berkurangan 43 peratus antara 2010 dengan 2020. Dalam tempoh itu, kesalahan paling banyak dilakukan belia adalah mencuri dari kedai dan menipu.



Di karnival semalam, penceramah daripada NCPC dan Perkhidmatan Masyarakat Fei Yue masing-masing berkongsi nasihat tentang pencegahan jenayah dan kesihatan mental. Pancaragam Pasukan Polis Singapura turut membuat persembahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >