Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia ditangkap di bawah ISA kerana rancang serang masyarakat Yahudi S'pura

Mar 10, 2021 | 03:00 PM



SEORANG belia Singapura ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan ini (Mac) kerana merancang melakukan serangan ke atas masyarakat Yahudi di sinagog atau rumah ibadah mereka yang terletak di Waterloo Street. 



Amirull Ali, 20 tahun, merancang untuk membuat serangan itu di Sinagog Maghain Aboth menggunakan pisau selepas tamat sesi ibadah beramai-ramai sepertimana yang dilakukan masyarakat itu setiap Sabtu.



Amirull merupakan individu pertama yang ditahan di bawah ISA kerana merancang serangan yang didorong terutamanya oleh konflik Israel-Palestin, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.



Bercakap kepada media pagi Rabu (10 Mac), Encik Shanmugam berkata Amirull ditahan bukan kerana menunjukkan sokongannya terhadap warga Palestin tetapi kerana rancangannya untuk membunuh individu yang tidak bersalah. 



"(Anda) dibolehkan bersimpati dengan warga Palestin, tapi jangan sampai berlakunya pembunuhan. 



"Jika dia (Amirull) berjaya dalam rancangannya, akibatnya tidak terhad kepada nyawa yang terkorban akibat kejadian ini tetapi akan mencetuskan bibit permusuhan antara bangsa dan agama berbeza di Singapura," katanya. 



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata siasatannya menunjukkan belia itu, yang sebelum ini menjalani Perkhidmatan Negara (NS) di bawah SAF, menjadi radikal dan bertindak sendiri.



Menurut ISD, Amirull juga telah membuat persiapan dan rancangan terperinci untuk serangan itu, termasuk mengunjungi tapak tersebut sekurang-kurangnya dua kali antara Ogos dan Oktober 2019 untuk mengenal pasti kawasan yang boleh digunakan dalam serangannya. 



Dia juga telah memuat turun gambar sistem vaskular manusia yang digunakan untuk mengenal pasti bahagian yang boleh ditikam supaya mangsa mati secepat mungkin akibat pendarahan yang banyak. 



Ini sementara berlatih sendiri di rumah untuk menikam menggunakan replika pisau buatan sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >