Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia kini mahu pacu perubahan, bawa kesan pada masyarakat

DPM Heng bentang '3C' yang cerminkan aspirasi mereka: Create (cipta), Care (prihatin) dan Chart (lakar hala tuju)
Apr 17, 2021 | 05:30 AM



BELIA hari ini mempunyai aspirasi tersendiri, berbeza daripada aspirasi generasi terdahulu, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang semalam membentangkan '3C' baru bagi mencerminkan aspirasi tersebut.



'3C' itu merujuk kepada usaha mencipta nilai menerusi inovasi dan perusahaan (create), prihatin tentang masyarakat inklusif serta alam sekitar (care), dan melakar hala tuju baru dalam dunia berbeza (chart).



Ini berbeza daripada aspirasi belia generasi terdahulu yang dipaparkan dengan ungkapan '5C' - wang tunai, kereta, kad kredit, kondominium, dan kelab eksklusif.



"Dalam perbincangan saya bersama ramai belia, termasuk pegawai lebih muda di Kementerian Kewangan, saya mendapati mereka tidak bersetuju dengan aspirasi 5C lama itu," kata Encik Heng semasa berucap di Forum Menteri Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD).



Sedang aspirasi seperti kerjaya dan hubungan keluarga dan rakan baik, serta mendirikan rumah tangga masih penting kepada ramai belia sekarang, lebih ramai juga bersemangat memacu perubahan dan membawa kesan kepada masyarakat, kata Encik Heng.



Menolak gambaran generasi muda sebagai 'generasi strawberi', atau 'lembik', Encik Heng berkata lebih ramai belia mahu mencipta nilai tambahan dalam masyarakat, menerusi inovasi dan perusahaan, bukan dalam bidang ekonomi sahaja, bahkan pelbagai aspek kehidupan.



"Ramai daripada anda dinamik dan berdaya usaha, memburu minat, menerajui usaha anda sendiri, dan tidak takut mencuba perkara baru.



"Sikap inovasi dan berdaya usaha ini akan menjadi lebih penting pada masa depan, jika kita mahu mengatasi cabaran dalam dunia pasca-Covid yang berbeza sekali," kata Encik Heng.



Dia menambah bahawa ramai belia hari ini ingin menyumbang kepada dunia yang lebih baik, dengan memupuk masyarakat lebih inklusif, atau melindungi sekitaran.



Dia memberi contoh belia di Singapura yang giat membantu badan amal menyiapkan dan menghantar makanan kepada masyarakat rentan, serta anak muda yang menyumbang kepada usaha mengurangkan pembaziran makanan.



Dia menggalakkan belia merebut peluang menjadi sukarelawan, dan terus berganding bahu dalam isu yang mereka minati.



Selain itu, belia boleh memainkan peranan dalam melakar hala tuju masa depan, kata Encik Heng.



Ini sedang masyarakat di seluruh dunia berpecah belah disebabkan manfaat globalisasi yang tidak diraih secara sama rata, serta politik identiti yang semakin merunsing.



"Singapura berada dalam keadaan lebih baik untuk mengurus cabaran ini, dan generasi lalu telah membangun masyarakat menerusi kata sepakat dan tolak ansur," kata Encik Heng.



"Tugas ini tidak pernah selesai. Saya berharap generasi anda akan terus langkah maju, meskipun sedang anda mengadakan perbincangan terbuka dan jujur mengenai isu yang anda prihatin," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >