SETIAP laluan dalam mengecapi kejayaan itu pasti berliku dan akan terdapat cabaran yang perlu diatasi, namun individu tidak boleh berputus asa dan terus berusaha gigih.
Itulah antara pengajaran penting yang diraih Cik Nur Fiqa Nasir, 22 tahun, dalam Projek OTW! (On The Way) anjuran Youth@LBKM, iaitu kumpulan belia Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) Sabtu lalu.