Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia libatkan diri dalam kerja kemasyarakatan seawal 13 tahun

Aadil Jamari raih Anugerah Lee Kuan Yew; antara 210 penerima Anugerah Khas tahun ini
Sep 29, 2020 | 05:30 AM



SEJAK kecil lagi, ibu Encik Aadil Jamari menasihatinya supaya bukan sahaja menggunakan sebarang keupayaan yang dimilikinya bagi diri sendiri, malah bagi memanfaatkan orang lain.



Nasihat ibunya itu mendorong anak muda itu, kini berusia 17 tahun, untuk melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan seawal usia 13 tahun lagi.



Beliau telah mula berbuat demikian - menggunakan kemahirannya berkomunikasi - untuk membaca buku kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah menerusi program KidsREAD yang dianjurkan Balai Rakyat Pasir Ris East.



Kini, selang lima tahun berbuat demikian, Encik Aadil, anak bongsu tiga beradik itu masih tetap menjadi sukarelawan bagi program. Malah, beliau kini cuba mendekati kanak-kanak yang menyertai program itu menerusi platform dalam talian.



Atas kecemerlangannya bukan sahaja dalam bidang kemasyarakatan tetapi juga akademik, bekas pelajar Sekolah Katolik Hai Sing ini telah meraih Anugerah Lee Kuan Yew bagi Kecemerlangan dalam Pelbagai Bidang (LKY-ARE).



Beliau merupakan antara 210 penerima Anugerah Khas tahun ini, bilangan terkini dalam satu tahun, diberikan untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dalam pelbagai aspek termasuk kedua-dua dalam bidang akademik dan bukan akademik, termasuk sumbangan mereka kepada masyarakat.



Sejumlah 201 pelajar daripada 81 institut pendidikan akan menerima anugerah khas itu termasuk Hadiah Buku Perdana Menteri, Anugerah Lee Kuan Yew bagi Matematik dan Sains serta Anugerah Lee Kuan Yew bagi Pelajar Kursus Normal Cemerlang.



Mengulas tentang anugerah yang diterimanya, Encik Aadil yang kini sedang menuntut di Institusi Raffles dan pernah menjadi Rakan Bahasa semasa Bulan Bahasa berkata beliau kini lebih terangsang untuk menyumbang lebih banyak kepada masyarakat.



"Saya ingin membantu mengurangkan jurang pendapatan agar dapat membina masyarakat yang lebih maju.



"Inilah cara kecil saya untuk menyumbang kepada masyarakat.



"Pada masa akan datang saya turut ingin menjadi sukarelawan bagi Sesi Bertemu Penduduk (MPS)," katanya.



MPS adalah acara mingguan yang diadakan oleh Anggota Parlimen (AP) untuk bertemu penduduk di kawasan undi mereka.



Sejak 2017, LKY-ARE telah dilanjutkan kepada pelajar sekolah rendah dan tahun ini, sembilan pelajar sekolah rendah dan 12 sekolah menengah telah menerima anugerah itu.



Sejajar dengan langkah berjaga-jaga akibat Covid-19, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa tiada majlis penyampaian anugerah diadakan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >