Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Belia perlu sesuai diri, fahami trend kerja, perubahan ekon

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belia perlu sesuai diri, fahami trend kerja, perubahan ekon

Rahayu: Golongan itu perlu dakap pembelajaran sepanjang hayat, bangun kemahiran insaniah
Oct 31, 2021 | 05:30 AM

GOLONGAN belia perlu peka terhadap perubahan trend pekerjaan untuk masa depan, tangkas membuat penyesuaian dan sedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di tengah-tengah ketidakpastian ekonomi, tegas Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, semalam.

Jelasnya, belia yang bersedia untuk masa depan ialah mereka yang sepanjang hayat dilengkapi dengan ilmu dan kecekapan, tidak takut mengubah pemikiran dan mempelbagaikan kemahiran mereka demi menyesuaikan diri pada permintaan ekonomi yang berubah.

Berucap di seminar NextStop bertemakan 'Mempersiapkan Belia untuk Berkembang dan Bersinar' menekankan bahawa "belia yang bersedia untuk masa depan juga ialah seseorang yang dapat melakarkan laluan bagi pertumbuhan peribadi dan profesional agar dapat kekal relevan dalam tenaga kerja".

Namun, selain ilmu dan gred yang baik, Cik Rahayu berkata adalah penting bagi belia membangunkan kemahiran insaniah yang akan meletakkan mereka dalam kedudukan baik meskipun terdapat gangguan teknologi.

"Kemahiran teras seperti keterbukaan kepada pembelajaran, menjalin rangkaian, kerjasama dan komunikasi menjangkau kemahiran akademik dan teknikal yang anda perolehi di sekolah.

"Kemahiran ini akan membantu anda menjalin rangkaian dengan mudah bersama orang daripada semua latar belakang dan mempertingkat modal sosial anda sedang anda melangkah ke depan dengan yakin dalam setiap fasa kehidupan anda," kata beliau.

Cik Rahayu turut menekankan bahawa golongan belia juga mesti berdaya tahan - satu mutu penting untuk mengharungi ketidakpastian dalam masa depan.

Seminar NextStop adalah sebahagian daripada acara penutup bulan Raikan Ilmu anjuran Mendaki pada Oktober. Acara penutup Raikan Ilmu itu telah diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar semalam.

Lebih 100 peserta terdiri daripada pelajar menengah dari sekolah aliran utama dan madrasah serta penuntut institusi pengajian tinggi hadir secara fizikal dan di dalam talian dalam seminar tahunan itu.

Cik Rahayu berkata masyarakat Melayu telah membuat kemajuan besar dalam bidang seperti pencapaian tahap pendidikan dan kedudukan ekonomi.

Dapatan Banci Penduduk 2020 baru-baru ini menunjukkan jumlah orang Melayu yang mempunyai kelayakan posmenengah atau lebih tinggi telah meningkat daripada 31.1peratus pada 2010 kepada 47.5 peratus pada 2020.

Jumlah lulusan politeknik Melayu pula telah meningkat hampir seganda sepanjang sedekad lalu - daripada lebih 26,000 lulusan pada 2010 kepada lebih 51,000 lulusan pada tahun lalu.

Dalam pada itu, lulusan universiti Melayu juga telah berganda daripada 5.5 peratus pada 2010 kepada 10.8 peratus pada tahun lalu.

Cik Rahayu menggalak belia memperluaskan pengetahuan dan minat mereka, merebut peluang dan tidak takut keluar daripada zon selesa.

"Saya yakin ramai daripada anda akan maju dan berjaya, dan saya harap anda akan mempunyai belas ihsan dan keinginan untuk menyumbang kembali dan membantu yang lain berjaya juga," kata beliau.

Laporan lanjut: Mendaki mula kajian fahami faktor pengaruh tenaga kerja, kerjaya masyarakat Melayu/Islam

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3