Belia punya peranan cegah sejarah pahit 'zaman Jepun'

Sempena Hari Pertahanan Mutlak Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman berpeluang mengadakan perbincangan mengenai topik Pertahanan Mutlak bersama sekumpulan pelajar posmenengah. Perbincangan hangat selama hampir dua jam anjuran Berita Harian/Berita Minggu itu turut menjangkau cabaran sejagat. NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) dan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) melaporkan.

GENERASI muda perlu memperkukuh persiapan dan memainkan peranan supaya mereka dapat menyumbang ke arah pertahanan mutlak demi keselamatan dan keamanan negara, kata Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman.

Generasi muda mungkin bertanggapan bahawa mempertahankan negara bermakna seseorang itu harus berkhidmat dalam pasukan tentera, atau pasukan berseragam namun Dr Maliki berkata golongan itu juga boleh menyumbang dengan memperkukuh pertahanan awam, sosial, psikologi mahupun ekonomi.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan