Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia punya peranan perangi ektremisme: Faishal

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



USAHA memerangi fahaman pelampau dan fahaman eksklusif bukan hanya tanggungjawab Pemerintah mahupun masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Katanya, golongan belia di sini juga memainkan peranan kritikal.



Dengan meningkatnya radikalisasi di kalangan belia sejak beberapa tahun ini, Dr Faishal menjelaskan bahawa setiap anggota masyarakat mempunyai peranan dalam menepis dengan tegas sebarang bentuk ucapan kebencian, idea ekstrem atau eksklusif yang berupaya menggugat struktur sosial masyarakat Singapura.



Beliau berkata demikian sewaktu Forum Belia Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG).



"Unsur-unsur pengganas sering memanfaatkan garis-garis pemisah masyarakat dan rungutan untuk disebarkan naratif radikal. Oleh itu, adalah penting untuk kita tidak mengambil mudah keamanan dan keharmonian di sini," jelasnya.



Sehingga kini, selain daripada menjadi sukarela memulihkan individu radikal, ACG dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) telah berusaha mendidik masyarakat tentang ancaman pengganasan melalui anjuran bengkel, kandungan dalam talian serta forum dalam masyarakat.



Dr Faishal berkata anggota masyarakat dapat memainkan peranan penting dalam melaporkan kes radikalisasi yang disyaki kepada pihak berkuasa.



"Saudara-mara, rakan-rakan, dan masyarakat berada di tempat yang terbaik untuk mengesan amaran awal radikalisasi pada mereka yang rapat dengan mereka.



"Laporan awal boleh membantu pihak berkuasa memberi bantuan, bimbingan dan kaunseling tepat pada masanya kepada individu ini.".



Forum yang diadakan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) semalam, dihadiri lebih 200 belia dari pelbagai institut pengajian tinggi.



Forum ACG ini bertujuan memupuk masyarakat belia yang berusaha menggalak perpaduan dan daya tahan sosial, selain memainkan peranan dalam mengekalkan Singapura yang selamat.



Salah satu peserta forum tersebut, pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabaiah, Cik 'Aamirah Mohamad Laili berkata forum ini telah memupuk minat baru dalam perpaduan sosial di sini.



"Saya merupakan salah satu anak muda yang akan menjadi sebahagian daripada golongan yang akan membina masa hadapan Singapura nanti.



"Jadi saya rasa forum ini memberi saya peluang untuk berkongsi pendapat tentang isu-isu yang mungkin akan menjejas perpaduan sosial di sini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >