Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia RLAF, Masjid Yusof Ishak sebar rahmah kepada warga emas

May 04, 2019 | 05:03 PM



BAGI menyebarkan rahmah kepada masyarakat kurang bernasib baik, sekumpulan belia daripada Yayasan Rahmatan Lil ‘Alamin (RLAF) dan Masjid Yusof Ishak mengadakan projek pendekatan warga emas yang dikenali sebagai ‘Project Touch’.



Projek enam bulan itu bertujuan mendekati sekitar 50 warga tua yang menetap di dua flat sewa di kawasan Champions Way, Woodlands, yang berjirankan masjid tersebut.



Sebagai sebahagian projek tersebut, sekitar 20 sukarelawan belia telah mengikuti sebuah sesi latihan di Dewan Serbaguna Masjid Yusof Ishak hari ini (4 Mei).



Sesi latihan itu diadakan untuk mengukuhkan keupayaan sukarelawan dalam bidang komunikasi dan teknik mendekati warga emas, penjagaan kebersihan, bantuan perubatan serta teknik asas memberi makanan kepada warga tua.



“Kita mahu para belia mendekati warga emas dalam masyarakat di Champions Way, sekali gus menyepadukan warga emas ke dalam masyarakat, sama ada di masjid atau di ‘Care Corner’ berdekatan tempat tinggal mereka.



“Kita juga mahu meningkatkan kebolehan para belia ini dengan menerapkan ilmu dan kemahiran tentang (penjagaan) warga emas lebih-lebih lagi dengan masyarakat kita yang semakin menua,” kata Encik Hazmi Mohamed Noor, 24 tahun, Ketua Projek Touch.



Antara aktiviti yang telah dilakukan bersama sukarelawan belia dan warga emas di situ termasuk lawatan ke rumah, sesi merasa makanan tradisional dan sesi membuat sandwic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >