Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia SG banyak berkorban, buat sumbangan semasa pandemik

Jul 05, 2021 | 05:30 AM



HARI Belia bukan sekadar cuti sekolah namun ia merupakan satu hari bagi belia di sini memperingati semangat, keberanian dan sikap berdaya tahan mereka menangani apa jua cabaran.



Demikian dinyatakan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, sempena sambutan Hari Belia semalam.



Beliau bersama beberapa pemimpin lain turut meluahkan kata-kata perangsang kepada belia tempatan ketika mereka mengharungi cabaran pandemik Covid-19 ini.



Encik Wong berkata sejak setahun setengah lalu, para belia di sini telah membuat banyak penyesuaian termasuk melakukan pembelajaran dari rumah, menyumbang kepada masyarakat, memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan serta mengatasi pelbagai cabaran lain.



Beliau menambah pandemik Covid-19 merupakan cabaran besar bagi generasi semasa dan bagi semua belia setempat, beliau berharap mereka seharusnya berasa bangga dengan cabaran yang mereka berjaya harungi sejauh ini dan laluan baru yang akan mereka tempuhi kelak.



"Cubalah bidang-bidang baru, jangan takut pada kegagalan. Saya mempunyai kepercayaan yang besar kepada anda semua.



"Harap anda terus bersemangat dan sama-sama membina masa depan g lebih cerah!" ujar Encik Wong lagi.



Singapura menyambut bulan belia ini dengan pelbagai kegiatan yang dianjurkan Majlis Belia Kebangsaan (NYC).



Dalam satu sesi perbincangan bertema "Semangat Singapura" yang dihadiri 90 belia tempatan kelmarin, belia telah menyuarakan keprihatinan terhadap usaha membina sebuah masyarakat yang inklusif dan lebih bersedia menangani cabaran pada masa depan.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang hadir semasa sesi itu menggalak belia agar terus memaparkan semangat berdaya tahan dan giat berinovasi sedang Singapura maju ke hadapan.



Dalam satu catatan di Facebook semalam, Presiden Halimah Yacob pula berkata beliau amat terharu melihat belia setempat terus menyumbang masa dan tenaga kepada golongan yang lebih memerlukan semasa pandemik ini.



"Saya berharap belia kita akan terus meneruskan usaha kolektif mereka untuk membawa kesan yang positif kepada masyarakat kita," tambah Presiden Halimah.



Turut menyentuh usaha belia membangunkan masyarakat, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dalam catatannya di Facebook berkata walaupun keadaan sudah berubah pada setiap generasi, semangat belia tetap sama - iaitu untuk terus berusaha mencapai kehidupan lebih baik buat mereka, keluarga dan masyarakat.



"Belia kita telah menunjukkan bahawa mereka bukan setakat 'masa depan negara kita' tapi juga merupakan pemimpin yang mempunyai hati serta keupayaan untuk membentuk keadaan semasa," kata Encik Heng.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula dalam catatan di Facebook berkata setiap generasi akan mengharungi cabaran mereka sendiri.



Keadaan dahulu turut mencabar sebelum pandemik namun ia telah menjadi lebih sulit sekarang, katanya.



"Biarpun begitu, belia Singapura... akan terus bertahan dan berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi dunia pasca pandemik ini," katanya.



Encik Lee turut berkata generasi yang lebih tua akan terus membimbing golongan muda dan memberi mereka sumber untuk terus menyediakan Singapura mengatasi sebarang cabaran.




PENGHARGAAN PEMIMPIN SG UNTUK BELIA



PRESIDEN HALIMAH



"Saya berharap belia kita akan meneruskan usaha kolektif mereka untuk membawa kesan yang positif kepada masyarakat kita."



PM LEE HSIEN LOONG



"Biarpun begitu, belia Singapura... akan terus bertahan dan berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi dunia pasca pandemik ini.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >